minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

MENGAPA BN TAK TERIMA KEKALAHAN DI LUNAS?

Saudara webmaster,

Alhamdulillah, Lunas telah dapat ditawan oleh BA dengan izin Allah. Tetapi adakah pihak yang kalah BN menerima hakikat kekalahan dengan bersandarkan kada’ dan kadar Allah?. Saya fikir tidak, mereka tidak bersandar hakikat kekuasaan Allah. Oleh kerana itulah kekalahan di Lunas tidak dapat mereka terima dengan hati yang lapang dan terbuka. Mereka menjadi panik dan riuh rendah menyalahkan pembangkang.

Malang bagi mereka, segala tuduhan yang telah dilemparkan kepada pembangkang terkena batang hidung mereka sendiri. Apa tidaknya, semua rakyat tahu BN adalah sebenarnya yang menjadi agen atau lebih tepat katelis kepada perpecahan masyarakat Melayu. Juara fitnah terhadap pembangkang, menyemarakkan api perkauman dengan pelbagai isu, termasuk isu 13 mei 1969. Tujuannya tidak lain melainkan untuk menakutkan orang-orang Cina. Dengan demikian mereka berharap orang Cina akan mengundi BN. Malangnya rakyat Tionghua dan Melayu tidak termakan hasutan ini. Mereka lupa rakyat sudah matang untuk menilai dan memilih.

Mereka begitu tertekan dan amat malu setelah dengan sombong dan angkuhnya mendakwa mereka akan memenangi pilihanraya kecil ini. Malangnya mereka kalah setelah berbagai helah dan penipuan tidak menjadi. Lebih malang lagi mereka gagal memperalatkan polis. Setelah polis nampak lebih nuteral di dalam melaksanakan tugas mereka, si Samy Vellu menghantam pula polis. Mahathir pula dengan marah menyalahkan pembangkang kononnya menggunakan isu perkauman dan agama. Hakikatnya rakyat Lunas menolak BN dan senjata yang digunakan BN memakan tuan.Keceluparan Mahathir terhadap kaum Cina juga ibarat pisau belati yang dibaling dan menyiat perasaan orang-orang Cina. Itulah kekuasaan dan ketentuan Allah Azzawajalla. Tidak  siapa boleh menolak. Kerana senjata memakan tuanlah pemimpin-pemimpin BN cukup marah setelah mereka kalah.

Manusia-manusia yang takbur ini tidak akan menerima hakikat kekalahan dengan menuding jari kepada orang lain. Sehingga hari ini isu kekalahan BN di Lunas masih belum surut. Mereka tidak sedar atau membuat-buat tidak sedar begitu banyak penyelewengan dan ketidakadilan, serta kezaliman yang mereka lakukan terhadap rakyat Malaysia telah menjadi isu yang baik diketengahkan oleh pembangkang. Ini termasuklah isu agama yang menjadi begitu sensitif  kepada masyarakat Islam terutama di utara dan pantai timur tanah air. Mereka lupa mereka telah mempermainkan agama dan syariat Allah di dalam banyak hal termasuklah isu janggut nabi, hudud , isu murtad dan banyak lagi. Kehadiran penceramah agama dari umno tidak langsung membantu mereka malah menjauhkan lagi pengundi dariapa BN. Kesian mereka segala tektik dan teknik tidak menjadi. Jadilah kekalahan mereka di Lunas seperti mala petaka dahsyat yang menimpa mereka.

Selera rakyat telah berubah, rakyat dari berbagai kaum telah bersatu menolak mereka. Rakyat menterjemahkan kemarahan mereka ke dalam peti undi. BN tersungkur, BA tersenyum lebar dengan penuh kesyukuran. Rakyat tidak lagi boleh digula-gulakan dengan projek dan sebagainya. Rakyat sudah tahu segala projek dan pembangunan yang dilaksanakan adalah dari duit rakyat bukan duit BN atau duit Mahathir.

Di peringkat awal mereka cuba mempengaruhi rakyat dengan isu perpecahan di kalangan BA. DAP, PAS dan KeAdilan tidak sebulu, macam mana untuk dipercayai. Mereka cuba menghasut orang-orang DAP . Mereka gagal apabila Lim Kit Siang turut turun padang sebelum hari mengundi, Mereka amat kecewa dan hampa. Hakikat sebenarnya merekalah yang berpecah. Cara berkempen yang tidak seragam. Jentera pilihanraya mereka pentingkan kebendaan ibarat kata ‘no money no talk’. Sikap inilah yang menghancurkan mereka. Sebenarnya sikap kebendaan di dalam BN bukanlah perkara baru. Ia berlaku di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Bagi mereka material adalah bernombor wahid. Saya tahu kerana saya dulunya adalah pendokong dan penyokong umno yang gigih. Manusia dalam umno tidak boleh berbohong tentang ini.

Kesimpulannya kekalahan pada kali ini bukan saja amat pahit bagi BN tetapi juga amat pedih, ngilu dan memalukan !!! Mereka telah tercedera dengan teruk walau pun kekalahan ini adalah di dalam pilihanraya kecil di peringkat DUN. Maruah mereka benar-benar telah tercemar.

Sekian,

Kakitangan kerajaan

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter