minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

PILIHAN RAYA SARAWAK: BA PERLU BERTAPAK SEGERA!!
 
Ucapan Takziah diucapkan dan Al-Fatihah dihadiahkan buat keluarga, TYT YDP Negeri Sarawak yang telah kembali kerahmatullah.
 
Seperti yang telah saya war-warkan dalam Minda Rakyat beberapa bulan yang lepas, bahawa Pilihanraya DUN Sarawak akan diadakan pada awal tahun hadapan tidak lewat daripada April 2001. Kepada kepimpinan Barisan Pilihan (BA) suka saya menyarankan agar persediaan dan persiapan awal dibuat dalam menerima dan memilih calun yang bakal bertanding bagi setiap DUN tanpa kecuali secara "satu lawan satu". Diperhatikan dalam pilihanraya umum yang lalu terdapat pertindihan calun daripada komponen BA. Tindakan ini telah memecahkan undi dan memberikan kemenangan dan majoriti yang agak besar kepada calun Barisan Najis (BN). Keadaan ini diburukkan lagi dengan terdapatnya calun-calun bebas.
 
Calun-calun yang bakal diketengahkan oleh BA mestilah dikalangan mereka yang komited dengan perjuangan BA iaitu "Menegakkan KeADILan". Mereka ini juga mestilah terdiri daripada orang yang boleh diterima oleh penduduk sesuatu DUN itu sebagai wakil mereka. Kerjasama BA perlulah dimantapkan agar tidak dieksploitasikan oleh pihak lawan. Isu-isu yang perlu diketengahkan mestilah relevan dengan kehendak pribumi rakyat Sarawak itu sendiri.
 
Seruan: Bangkitlah dan mulakan gerakan kearah memartabatkan BA di bumi kenyalang ini !!!. Terlalu banyak "nepo-kroni" di negeri Sarawak ini. Akibatnya rakyat pribumi merempat !!!. Tanah milik mereka tergadai !!!
 
" LAWAN TETAP LAWAN - LUNAS SUDAH MENANG !.. "
" LEPAS INI - SATU LAGI !... SATU LAGI !... SATU LAGI !... DAN SATU LAGI !... "
 
 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter