minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

HARAKAH DAHULUI LAIN-LAIN AKHBAR

Oleh: ibnu syafie 

Kejatuhan mendadak kadar jualan akhbar-akhbar perdana berbahasa Melayu terutamanya tidak dapat disembunyikan lagi oleh pihak pengurusan berkenaan.

Bermula dengan liputan kes mantan TPM DSAI yang dipertikaikan liputan dan beritanya dan kemunculan laman-laman pro-reformasi yang menyajikan maklumat yang lebih meyakinkan walaupun kadangkala terdapat juga spekulasi yang tidak boleh dipercayai. 

Hakikatnya kadar penjualannya menurun mendadak. Mungkin pihak berkenaan sedar akan perkara ini namun disebabkan "tuannya" maka trend yang disedari dibiarkan. Sesuatu yang amat menarik, dengan tiba-tiba Harakah akhbar rasmi PAS yang berkala terbitannya pula digeruni hinggakan pengeluarannya dihadkan 2 kali sebulan. 

Apa pun peliknya Harakah masih digemari bukan sahaja oleh ahli PAS malahan kalangan bangsa-bangsa Cina dan India. Sesuatu yang menarik adalah melalui undian di laman web cari (www.cari.com.my) berkaitan akhbar pilihan. 

Berikut adalah statistik undian yang saya catatkan pada jam 1235 (11 Disember 2000) 

Utusan Malaysia  =332 undi (19.42%) 
Berita harian          =201 undi (12.11%) 
Harakah                  =990 undi (57.89%) 
lain-lain                    =181 undi (10.58%) 

Tahniah kepada warga Harakah yang mampu menjadikan maklumatnya lebih telus dan dipercayai.

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter