Mahathir perlu baiki kesalahannya sebelum terlambat.
Baru-baru
ini, Alberto Fujimori telah meletakkan jawatan sebagai Presiden Peru akibat tekanan
pelbagai pihak khususnya pembangkang. Di lihat dari satu sudut senario politik Peru tidak
ubah seperti di Malaysia. Rasuah dan salah guna kuasa di peringkat atasan menjadi-jadi dan
ekonomi yang merudum menambahkan lagi kemarahan rakyat.
Rakyat Peru berdemo dijalan raya
membantah keputusan pilihanraya negara tersebut kerana mendakwa Fujimori telah melakukan
penipuan. Mulanya Fujimori enggan tunduk tetapi asakan hebat dari pembangkang serta
rakyat, beliau akur.
Dr. Mahathir atau Che Det telah berkuasa hampir 2 dekad. Dalam
pemerintahannya banyak peristiwa yang menduka-citakan kita telah berlaku. Krisis dengan
Raja-Raja, krisis dengan MCA ’87, perpecahan dalam UMNO ’88 dan pemencatan Ketua Hakim
yang disegani Tun Salleh Abbas telah berlaku di zaman Mahathir. Tetapi semua ini tidak
memberi kesan yang mendalam pada jiwa rakyat Malaysia kerana tidak ia berlaku dalam
keadaan ekonomi kita membangun dan kebajikan rakyat amnya terpelihara.
Mahathir telah
melalui detik getir dalam pemerintahannya dan berjaya untuk bertahan. Saya rasa orang yang
turut membantu beliau dalam masa-masa getir ini tak lain tak bukan DSAI. Kerana Anwar
berpegang pada prinsip perjuangan yang ikhlas dan tidak mempunyai agenda politik yang lain
dari membela bangsa melayu khususnya dan Malaysia amnya. Anwar juga mempunyai peribadi
yang warak, senang didampingi, berkarisma dan juga bersih dari salah-guna kuasa dan wang.
Pada penghujung dekad 90’an negara ini mengalami krisis ekonomi yang teruk. Mahathir
telah menyalahkan negara barat atas kejatuhan saham-saham syarikat Malaysia. Syarikat
gergasi seperti Genting, Berjaya, YTL, Sunway, Renong, MAS dan lain-lain hampir bankrap.
Juga syarikat anak-anaknya seperti Trans-mile, Artwright, MISC, Mesiniaga, Hitechniaga,
Pharmaniaga dan lain lain juga hampir gulung tikar. Siapa mereka ini disisi Mahathir ??
Mereka inilah yang membantu beliau segi kewangan dan merupakan rakan-rakan Mahatdir
sebelum menjadi Perdana Menteri. Hakikatnya mereka ini perlu diselamatkan walaupun dengan
apa cara sekalipun kerana mereka adalah ‘survival’ politik Mahathir.
Anwar tahu bahawa
dengan melemah kroni Mahathir adalah salah satu cara memaksa Mahathir undur. Anwar
mengambil jalan untuk mengadaptasikan polisi IMF untuk melemahkan syarikat-syarikat ini,
yang telah sekian lama bermaharaja lela dipersada ekonomi negara. Banyak penyelewengan
yang berlaku dalam zaman Mahathir, umpamanya Vincent Tan telah sekian lama telah mengelak
untuk membayar cukai dan Eric Chia dibiarkan sahaja duduk dirumahnya di Seksyen 14 PJ
tanpa diheret ke mahkamah berhubung skandal Pewaja.
Polisi IMF tidak disukai Mahathir
kerana akan musnahlah empayar yang dibina selama ini. Anak-anaknya yang bergelar jutawan
walaupun berumur pertengahan 20’an (Mukriz) akan diistiharkan muflis. Daim yang bermegah
ke sana ke mari dengan jet peribadi terpaksa kembali menguruskan anak-anak dididiknya
seperti Azmi, Tajuddin, Halim, Shamsuddin dan banyak proksi-proksinya. Mahathir terpaksa
melantik Daim menjadi menteri tugas-tugas khas untuk memudahkan Daim ke sana ke mari
mengeruskan hal-hal ekonomi.
Anwar merasa tekanan daripada perlantikan dan kembalinya Daim
ke kabinet. Secara langsung sebarang polisi atau tindakan akan diambil, akan dibincangkan
bersama terlebih dahulu. Dalam masa Anwar leka dengan hal-hal ekonomi negara, satu
perancangan licik sedang berlaku. Razaleigh, Aziz, Adnan, Rahim TC, PakLah (6 Jahanam)
merancang untuk mengulingkan Anwar. Perjanjian dengan Ummi Hafilda dan Azizan sungguh
menjijikan berserta Khalid Jeffri dan bersama-sama beberapa ‘semi-conspirators’ Hamzah
Zainuddin, Khairuddin Hassan, Dr. Ristina.
Anwar mengambil langkah bijak untuk mengambil
injuksi terhadap buku 50 dalil mengapa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Anwar
juga menyerah kepada pihak polis untuk menyiasat Ummi Hafilda dan Azizan. Kalau tidak
polis siapa lagi yang boleh di harapkan. Adakah samseng dan geng kongi gelap yang patut
diminta oleh Anwar untuk menyoal Ummi dan Azizan ? Pada 2hb Sept ’98 satu kejutan bagi
semua rakyat Malaysia. Anwar telah dipecat dan esoknya keluarlah afidavit-afidavit Datuk
Nalla, Ummi dan Azizan. Tak cukup 3 orang itu Sukma dan Dr. Aneez Munawar juga ditangkap.
Mahathir menjangkan orang ramai akan jijik dan marah terhadap Anwar atas tuduhan salah
laku moralnya, tetapi rakyat amat sukar untuk mempercayainya. Berminggu-minggu Anwar
menjelaskan kepada rakyat cerita sebenar disebalik pemecatannya. Road show dan perhimpunan
diadakan dibanyak tempat. Rakyat dari seluruh pelusuk datang mendengarnya. Sukan Komanwel
tidak berjaya mengalihkan pandangan mereka. Tajuk akhbar muka depan setiap hari
menceritakan perihal Anwar. Satu perhimpunan telah berlaku di masjid negara yang
menghimpunkan ramai rakyat Malaysia dan disinilah Anwar berucap buat kali terakhir sebelum
ditangkap pada malamnya.
Setelah ditangkap dengan ala komando oleh UTK polis, Anwar
dibawa ke Bukit Aman dan disana dia telah dicederakan oleh Ketua Polis Negara, Rahim Noor.
Yang menyedihkan Anwar dipukul dengan tangan di gari dan matanya ditutup. Apakah ini
caranya untuk melayan bekas orang no: 2?? Anwar ialah tawanan politik bukan tawanan
penjenayah!
Tan Sri Norian telah meletakkan jawatan tetapi dipaksa menariknya kembali.
Begitu juga Pak Lah dan Najib sebelum itu. Mahathir berbohong bila dia mengatakan Anwar
selamat. Akibat desakan rakyat dan negara luar, Anwar terpaksa dipertontonkan kepada
dunia. Mata lebam dan lehernya di balut kesan dari pukulan ‘bapak anjing’.
Pembicaraan
memang berat sebelah, Hakim Paul Agustine memang tidak berupaya mengendalikan kes ini.
Hukumannya juga tidak setimpal. Tidak cukup dengan itu diheret kembali kali kedua dan
didapati bersalah juga pada kali kedua. Hukuman 15 tahun adalah masa yang lama. Mahathir
ini melihat Anwar merengkok dalam penjara dan tidak dapat mencabarnya. Rakyat yang
prihatin terhadap kes Anwar memberontak dan berdemo dijalan raya.
Tertubuhlah sebuah Parti
Keadilan yang menyatukan semua kaum kearah Malaysia yang adil. Mahathir telah
memperlekehkan PKN kerana ia adalah parti nyamuk, tetapi tidak seorang pun pemimpin PKN
yang keluar (kecuali Nell Onn dan Marina) untuk menyertai UMNO kembali. Memang ada di
peringkat bawahan, itu semua telah dibeli dengan duit. Nell Onn adalah spy UMNO sahaja dan
Marina terpaksa kerana bisnesnya. Anwar telah membuktikan bahawa dia adalah pemimpin
sejati dan kerana itu satu pakatan parti pembangkang telah ditubuhkan. Barisan Alternatif
telah sebulat suara ingin melantik Anwar menjadi Perdana Menteri sekiranya menang dalam
pilihan raya. Tetapi BN telah menang kerana memainkan isu-isu sensitive dan mesin
propoganda yang licik. Kertas undi yang telah dipangkah BN telah dibuat dan hantar ke
kawasan yang BN akan kalah. (Ada juga kawasan peti ini tidak sampai) Nama orang yang sudah
tiada lagi digunakan, pengundi hantu naik bas dan macam-macam lagi. Isu perkauman dan
agama juga digunakan. Media dikerah membuat liputan berat sebelah kepada BN. Ramai
pengundi baru tidak benarkan mengundi. Ramai yang menunggu, mengharapkan BA akan menang.
Ramai juga yang kecewa BA tewas. Tetapi perjuangan diteruskan.
Mahathir harus sedar
kesilapannya . Anwar adalah lebih hebat dari segi sokongan dan tidak mudah luntur semangat
juangnya. Berbanding Kuli (jeneral kalah perang) dan Pak Lah, Anwar lebih menonjol.
Mahthir harus memperbaiki kembali semula sebelum terlambat. Ramai yang mengatakan Mahathir
sudah terlambat, tetapi saya rasa Mahathir belum terlampat kerana masih memegang kerusi
Perdana Menteri. Bawalah Anwar keluar, heretlah mereka yang bersalah ke Mahkamah. Mintalah
ampun dari Anwar dan kembalilah kuasa kepada rakyat. Saya percaya Anwar lagi senang untuk
memaafkan Mahathir dari rakyat biasa. Pohonlah pengampunan dari Agong. Mahathir, walaupun
besar kesalahannya tetapi beliau ada juga jasanya tetapi tindakannya menyingkirkan Anwar
adalah kesilapan besar.
Salah laku kroni dan anak-anaknya harus dibawa ke muka pengadilan.
Adalah lebih baik melihat anak-anaknya masuk penjara sebelum ajal kerana tidak diketahui
samada mereka akan lepas selepas Mahathir tiada. Adalah wajar bapa sendiri yang mengajar
anak-anaknya dari orang lain. Di waktu umur yang hampir senja Mahathir harus menumpukan
perhatian terhadap amal ibadat dan bertaubah. Tidak ada satu dosa yang tidak diampuni
Allah jika kita bertaubat. Sedangkan Nabi saw ampunkan umat. Jangan diikut kerenah Daim,
dia bertuhan Firaun dan Qarun.
Mahathir harus sedar sekarang sebelum rakyat mengenalinya
sebagai bapak perosak negara. Belajarlah dari sejarah, Kamal Attaturk waktu nazaknya sakit
teramat sangat dan matinya dalam keadaan seksa. Saya merayu sebagai rakyat Malaysia jangan
dipanjangkan lagi episod ini kerana kita sudah menebal rasa benci terhadap Mahathir dan
pemimpin UMNO.
Saladin the Merciful
Bekas Ketua Kelab UMNO USA 1984