KENYATAAN RINGKAS WEBMASTER
Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan jazakallah
kepada anda para netters yang memberikan sokongan dan dorongan khas dalam perdebatan
tidak rasmi dengan insan bernama Yan Dol Ahad lalu.
Sebenarnya ada beberapa email lagi tidak mampu saya
siarkan kerana pujian yang melambung kerana saya bimbang akan timbul riak pula. Hanya
kesempatan ini saya nyatakan dengan ikhlas saya amat menghargai kunjungan dari pihak
di sebelah sana kerana ia akan memberikan kesempatan kepada kita menerangkan tipu
muslihat yang sedang mereka lalui.
Kita hanya bersimpati dan ingin membantu. Mudah-mudahan
Allah memberikan taufik dan hidayah kepada mereka.
Terima kasih atas sokongan anda dan saya siarkan email
yang sesuai untuk disiarkan.
Assalamualaikum wmth.wbth.
Selamat berpuasa...Polemik
anda dengan Yan Dol yang telah disiarkan..(BUKALAH HATI DAN MINDA SUDARA) amat menarik
sekali. Sungguh pun YD yang minta ia disiarkan...umum surfers (yang mindanya tidak
jumud) akan menyatakan tindakan YD bagai senjata makan tuan. Dia mungkin nak buka pekung
sdra, sambil itu mengharap surfers akan berpihak kepadanya. Ternyata sebaliknya!!!!!
sekali-sekala bagai debat Ustaz Asri dengan Astora Jabat pula. Syabas..syabas
saudara...! Sdra wajib meneruskan usaha ini kerana anda (seperti yang sdra katakan)
dihujani degan puak-puak UM No nih.... Cuma kalau boleh adakan ruang khas debat-debat
pengarang Minda Rakyat sebelum-sebelum ini supaya akan terserlahlah bahawa puak-puak UM
No ni.. memang dangkal pemikiran depa tu....
Akhirnya....selamat berjuang.. jangan lupa di kiri dan kanan
sdra terlalu banyak musuh yang perlu dihadapi...berhati-hatilah sentiasa. Semoga ALlah
memudahkan urusan ini.....Wassalam
ABD.MALEK
TG.MALIM
maizaamiza@hotmail.com
11 DISEMBER 2000
Assalamualaikom,
Syabas diatas keberanian sdra menyiarkan e-mail si Yan_dol@hotmail.com dan
mengulasnya, memang sesetengah orang umno tidak tahu bahawa kepada merekalah yang
sebenarnya segala macam tuduhan serta fitnah yang mereka lemparkan kepada orang lain
itu dikembalikan Allah. Semoga Allah memberi mereka petunjuk dan hidayahnya.
Wassalamu.
Zubir