minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

UCAPAN TAHNIAH KEPADA YB LUNAS

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Rasanya belum lagi terlewat bagi saya untuk mengucapkan tahniah kepada YB Lunas kerana berjaya menewaskan calon BN dalam pilihanraya kecil itu.

Tahniah juga kepada semua pihak (BA, PAS, PRM, DAP) yang terlibat untuk memenangkan Saudara Saifuddin.

Saya bagi pihak pendukung-pendukung REFORMASI dari Sarawak Bumi Kenyalang turut merasa terharu di atas kemenangan Saudara Saifuddin itu, walaupun kami hanya dapat membaca dan menerima maklumat dari internet. Nak harapkan media massa tempatan...soryylah.

Tahinah juga kepada Presiden Mexico yang baru dilantik minggu lalu. Bayangkan pihak pembangkang di Mexico telah berjuang selama hampir 70 tahun, baru kini dapat salah seorang pemimpin parti dari pembangkang dapat menjadi Presiden. Bagaimanalah agaknya perasaan TPM kita, Datuk Abdullah Ahmad (B) apabila melihat Presiden itu dilantik kerana dia yang menggantikan Mahafiraun ke majlis itu. Doa saya kepada Allah SWT, janganlah sampai BA pula terpaksa nanti 70 tahun untuk memerintah.

Walau bagaimanapun, biar selama manapun berjuang untuk membebaskan negara dari dijajah oleh UMNO@BN,

LAWAN TETAP LAWAN.....Anak Sarawak.  

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter