minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

PERIHAL SI RAIS YATIM

Assalamualaikum saudara webmaster, (alaikum sallam..)

Di dalam utusan meloya hari ini Rais anak Yatim seolah-olah cuba membela perlakuan polis ketika menyuraikan rakyat di jalan kebun tempuh hari. Namun adalah cakap orang ini masih boleh dipakai? Rais memang munafiq. Dulu semasa di dalam 46, Raislah yang paling lantang menentang kerajaan tajaan umno ketika itu. Kini beliau membela pula. Pucuk pimpinan masih belum berubah. Malah tindakannya semakin ganas. Parti yang memerintah belum juga berubah, malah semakin gelojoh. Lihatlah apa yang dilakukan oleh mereka kepada rakyat Terengganu dan Kelantan. Mereka dinafikan hak mereka semata-mata kerana diperintah oleh kerajaan pembangkang. Dan Raislah salah seorang barua yang menyokong dan membela kezaliman yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Tentang royalti minyak Raislah juga benteng umno di segi undang-undang konon. Bagi saya tidak syak lagi memang Rais adalah berbohong setelah saya membaca sendiri perjanjian berkenaan di laman-laman pro reformasi. Sejarah pembohongan Rais anak yatim ini yang ketara adalah bermula dari tragedi Memali di mana waktu itu beliau adalah menteri Penerangan.

Beliau berbohong di TV dengan memutarbelitkan peristiwa berkenaan dengan menyalahkan kumpulan Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya yang hanya mempunyai parang menyerang anggota keselamatan. Barang diingat Allahyarham adalah seorang pemimpin agama yang istiqamah dan bijak. Budak kecil darjah tiga pun akan ketawa bila mendengar putarbelit si Rais ini. Tdak lojik.

Tangan beliau juga berlumuran dengan darah muslim di Memali.

Yang kedua beliau berbohong di dalam tesisnya. Kalau pendapatnya sendiri sebelum ini tidak dipakai dan diakuinya dan sanggup pula berbohong tentang pendapatnya, maka bolehlah kita agak apakah jenis pemimpin dan manusia ini.  Hanya orang UMNO yang layak berpemimpinkan pemimpin ini kerana sama-sama munafik.

Yang ketiga, beliau telah membohongi orang-orang Parti 46 dan PAS semasa di dalam Perpaduan UMMAH, kononnya jambatan yang menghubungkannya dengan UMNO telah dibakar. Rupa-rupanya sekarang beliau telah membina jambatan batu dengan UMNO. Tinggallah PAS terkulat-kulat di seberang. Ku Li sebagai ketuanya pun juga dihanyutkan arus. Tak apa asalkan beliau dapat menyelamatkan diri dengan menjadi Parrot kepada Mahathir.

Dan, sekali lagi beliau berbohong kepada rakyat Malaysia tentang perjanjian Kerajaan Terengganu dengan PETRONAS. Tidak tahulah saya samada Rais tidak faham apakah bezanya Perjanjian dengan MoU walau beliau adalah "alim" di dalam undang-undang. Sungguh malang bagi rakyat Terengganu, dan sungguh malang bagi rakyat Malaysia yang mempunyai Menteri yang bertanggungjawab tentang Hal-Ehwal perundangan dan kehakiman adalah orang seperti Rais ini. Tidak heranlah  beliau telah diejek oleh Yusof Chin.

Jadi berdasarkan kepada rekod berbohong Rais ini, maka sedikit pun saya tidak heran sekiranya beliau berbohong lagi pada kali ini. Memang manusia yang bersifat beginilah (bodoh sonbong) yang amat digemari oleh Mahathir.  Sama-sama munafik - satu kufu.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

kakitangan kerajaan    

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter