SAMBUTAN KEPULANGAN 'WIRA PALESTINE' UMAT ISLAM DI UTARA
Kini tiba giliran rakyat utara pula menyambut kepulangan
wira mereka, YB Mahfuz Omar. Terasa
berkobar-kobar sekali semangat untuk menyaksikan
sendiri kemunculan pertama Ketua pemuda PAS itu di Utara selepas dibebaskan dari penjara
Kajang pada 8 Disember lalu. Di lebuh raya PLUS lagi konvoi kenderaan telah
terbentuk secara tidak sengaja. Masing-masing memberikan isyarat dan mengangkat tangan
sebagai tanda persahabatan seolah-olah memahami akan niat dan tujuan yang sama itu.
Melepasi
tol masuk ke Kepala batas sahaja, bahang kesesakan sudah mula dirasai. Kenderaan-kenderaan
dengan pelekat lambang BA kelihatan berhimpit-himpit mencari ruang untuk berhenti. Kami
tiba tepat jam 3.00 petang mengikut jadual tetapi rupa-rupanya kapal terbang yang membawa
pulang YB Mahfuz telah pun tiba. Ramai yang terpaksa berdiri dan menunggu di luar
lapangan
terbang kerana keadaan penuh sesak di dalam.
Di perkarangan surau lapangan terbang,
penyokong-penyokong BA telah berhimpun dan sedang
khusuk mendengar ucapan dari YB.
Selang beberapa kaki sahaja dari tempat perhimpunan itu, 3 biji trak anjing-anjing kurap
sedia menunggu. Di luar pula 3 lagi buah trak FRU bersiap sedia menghadapi para
pengunjung. Orang ramai seolah-olah tidak memperdulikan kehadiran mereka malah terus
mengisi
ruang sehingga berada begitu hampir dengan mereka. Tiada langsung rasa takut
atau gerun melihat mereaka terpacak di situ. Yang ada cuma rasa benci dan meluat
semata-mata. Tidak kurang juga yang terang-terangan mengambil gambar anjing-anjing kurap
itu di hadapan muka mereka sendiri.
Beberapa ayat terakhir YB Mahfuz yang sempat
kami dengar adalah beliau tidak merelakan wang walau sesen pun kepada puak-puak Barisan
Najis itu. Kelihatan YB Saifuddin Nasution turut hadir sama. Selesai sahaja ucapan YB
Mahfuz, para penyokong berpusu-pusu menyerbu untuk bersalaman dengan beliau. Tidak
menghampakan mereka, YB menyambar setiap tangan yang dihulur. Sesetengahnya tidak dapat
menahan perasaan terus memeluk wira kesayangan mereka itu. Saya perhatikan raut wajah dan
tubuh badan YB agak susut sejak berpeluang bersua muka dan mendapatkan tanda tangan beliau
semasa program Mansuhkan ISA di Kemunting, Taiping 29 Oktober yang lalu.
Dengan
menaiki kereta Mercedes merah yang boleh dibuka bumbungnya, YB meninggalkan perkarangan
lapangan terbang pada pukul 3.30 petang. Pengawal-pengawalnya begitu serius sekali
memastikan agar YB dapat beredar segera supaya berpeluang berehat sebelum muncul di
Muassasah
darul Ulum malam itu. Pak Din 'Kassim Selamat' pun ada sama rupanya.
Di luar
lapangan terbang, kenderaan-kenderaan bersesak-sesak keluar pula. Tiba-tiba berlaku satu
insiden
yang tidak diingini di tepi jalan yang sibuk itu. Kelihatan seekor anjing kurap dengan
angkuhnya
berdiri tinggi di atas kenderaan rasminya sambil tangannya cuba mencekak
seorang penyokong BA. Dalam sekelip mata sahaja oarng ramai telah bertumpu di situ dan
laungan takbir pun bergema. Anjing-anjing kurap yang lain pun berlari-lari ke tempat
tersebut.
Menyedari bahang kemarahan penyokong yang semakin kuat itu, si anjing
kurap yang mulanya kelihatan gagah menyelinap masuk ke dalam keretanya. Hanya apabila suku
sakatnya yang lain tiba baru ia berani menjengukkan mukanya keluar semula. Anjing-anjing
kurap berunifom merah dan bercota juga menerpa ke situ. Hendak dijadikan cerita,
rupa-rupanya anjing-anjing kurap telah membuat satu kerja yang paling BODOH sekali semasa
para penyokong sedang menyambut
kedatangan YB Mahfuz tadi. Mereka telah menyaman setiap
motor yang diletak di tepi-tepi jalan itu.
Sudah pastilah yang kena saman naik marah.
Yang tidak kena saman pun merasa begitu geram dengan tindakan mereka yang tidak
berperikemanusiaan itu.... errr.... dengan kata lain kebinatangan itu!
Salah seorang dari penyokong telah mengeluarkan satu
perkataan yang benar-benar layak diterima oleh si anjing-anjing kurap yang buat kerja tak
guna akal itu.....BODOH! Apabila terdengar perkataan itu, anjing kurap yang perasan cerdik
tu pun naik marah lalu mencekak seseorang yang kebetulan lalu di situ. Maka berlakulah
adegan tegang sebentar tadi.
Namun suasana dapat dikawal kemudiannya. Saya dapat
membaca dengan jelas tag nama si anjing kurap yang memang BODOH itu ...BARUDIN! Kalau
diperhatikan tubuh badannya yang kelemping itu, senang-senang sahaja dilenyek oleh para
penyokong BA tadi.
Tidak lama selepas itu kenderaan yang membawa YB Mahfuz keluar
dari perkarangan lapangan terbang. YB dengan penuh bergaya berdiri keluar dari bumbung
kereta dan melambai-lambaikan tangan ke arah penyokong-penyokong yang berada si kiri kanan
jalan. Oleh kerana tidak menyangka yang beliau belum keluar lagi sedari tadi, saya agak
kelam kabut bila melihat kemunculannya sehinggakan kamera terlepas jatuh dari tangan.
Namun Saya pasti (ke saya je yang perasan!) beliau menyedari akan keinginan saya untuk
mendapat satu pose dari beliau. Maka beliau begitu sporting sekali terus melambai ke arah
saya biarpun kereta yang membawanya semakin jauh beredar. Ini memberikan saya peluang
merakamkan satu foto yang begitu istimewa dari beliau. Itulah sikap pemimpin tulen yang
begitu memahami perasaan rakyatnya!
Pemergian YB diiringi oleh konvoi kenderaan di
belakangnya. Konvoi motor dengan bendera-bendera BA
mengikutinya dengan rapat sekali.
Di sepanjang jalan beliau tetap berdiri dan melambai-lambaikan tangannya. Namun si
anjing-anjing kurap tu masih tak reti-reti bahasa juga. Ditahannya konvoi kereta dan
melepaskan hanya konvoi motor mengiringi YB. Durjana sungguh sikap kurang ajar mereka itu.
Dengki tak sudah-sudah!
YB Mahfuz akan pulang ke rumah beliau di Pokok Sena dahulu.
Pada sebelah malam pula beliau akan berucap di Muassasah Darul Ulum di dalam satu majlis
sambutan besar-besaran terhadapnya.
Saya sempat memerhatikan gelagat para penyokong
yang mula beredar dari lapangan terbang. Masing-masing begitu ceria dan gembira walaupun
panas terik pada petang itu. Apabila trak-trak FRU beredar dan melintas betul-betul di
hadapan saya, saya tidak dapat menahan rasa geram terhadap mereka. Biarpun tanpa geng-geng
KL, saya terus sahaja melaungkan REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI! kepada anjing-anjing
kurap tersebut bersama-sama dengan putera saya.
Darah Reformis Jalanan yang mengalir di dalam tubuh ini
menjadikan saya nekad untuk bertindak demikian. Mungkin gelagat saya agak pelik bagi
rakyat di Utara ini tetapi ada beberapa penyokong yang terus mengangkat tangan kepada
saya. Yang menghairankan saya adalah respons dari puak-puak berunifom di dalam trak-trak
itu sendiri. Mereka turut melambai dan mengangkat tangan kepada saya. Trak yang di
belakang pula membunyikan hon yang kedengarannya 'agak mesra'
itu. Konpius
teman........aahhh......anjing tetap anjing!
LAWAN TETAP LAWAN!
ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!
Kak Id 2000