SELAMAT BERPUASA BUAT KALIAN DI MANA SAHAJA BERADA.....
BismiLlah
WalhamduliLlah
Was Solatu Was Salaamu Ala RosuliLlah
Was Salaamu
Alaikum Wbth....
Kewajipan
menjalani ibadah puasa adalah satu dari kewajipan rukun Islam yang difardhukan ke atas
setiap individu Muslim.
Kewajiban ini dikuatkan dengan firman Allah Taala yang
bermaksud: "wahai orang2 yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan kepada orang2 sebelum dari kamu, agar kamu bertaqwa". [albaqarah:183]
Sebagaimana
sabda Nabi SAW dalam sebuah hadis Al Bukhari:
Diceritakan dari Ubaidillah bin musa
beliau berkata
telah menceritakan hanzholah bin abi sufian dari
3ikrimah bin khalid
dari ibnu 3umar r.3anhuma. beliau berkata:
telah bersabda RasuluLlah SAW: terbinanya
Islam itu atas 5 perkara:
1=bersaksikan tiada tuhan yg disembah melainkan Allah dan
Muhammad utusan Allah.
2=mendirikan solat
3=menunaikan zakat
4=mengerjakan haji
5=dan
berpuasa di bulan Ramadhan [hadis al Bukhari]
Perlulah kita mengenali bagaimanakah
puasanya para sahabat r. 3anhum yang mendapat didikan dari RasuluLlah SAW.
Telah
menceritakan isma3il beliau berkata:
Telah menceritakan malik bin anas dari bapa
saudaranya abi suhail bin malik dari bapanya
ssgghnya dia mendengar thalhah bin
3ubaidiLlah berkata:
Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW dari kalangan penduduk
Najd mengerbang rambutnya didengari kegarauan suaranya dan tidak difahami bahasa
percakapannya hinggalah dia mendekatkan dirinya, lalu dia bertanyakan tentang Islam,
lantas Nabi SAW menerangkan: 5 kali solat sehari semalam, dia bertanya: adakah bagiku yang
lain dari itu? maka Nabi SAW menjawab: tidak! melainkan secara sukarela (solat sunat),
Nabi Saw menerangkan lagi: berpuasalah di bulan Ramadhan, dia bertanya: adakah bagiku yang
lain dari itu? maka Nabi SAW menjawab: tidak! melainkan hal yang dibuat secara sukarela
(puasa sunat), dan Nabi SAW menyebutkan juga kepadanya bab zakat, dia bertanya: adakah
bagiku yang lain dari itu? maka Nabi SAW menjawab: tidak! melainkan perkara yg sukarela
(sedekah), [thalhah] berkata: maka dia pun berpaling dan dia berkata: demi Allah! aku
tidak akan menambahkan hal ini dan tidak akan menguranginya, lalu bersabda RasuluLlah SAW:
berjayalah dia sekiranya dia percaya. [hadis al Bukhari]
Diceritakan oleh Mohd bi
abd rahim
menceritakan Affan b muslim
mengkhabarkan wuhaib
dari yahya b said b
hayyan
dari abu zurah
dari abu hurairah r.a. ssgghnya seorang arab badwi [kampung]
datang kepada Nabi SAW lalu berkata: tunjukkan kepada ku amalan sekiranya aku kerjakannya
akan dimasukkan ke dalam syurga? baginda SAW lantas menjawab: sembahlah Allah janganlah
kamu mempersekutukannya dgn segala sesuatu, dirikanlah solat yang diwajibkan, tunaikanlah
zakat yang difardhukan dan berpuasalah Ramadhan, lalu dia berkata: demi diri ku
ditanganNya (Allah)! aku tidak akan tambah semua ini pada diriku, lalu dia pun pergi. maka
Nabi SAW bersabda: sesiapa yang suka ingin melihat kepada ahli syurga lihatlah kepada
lelaki tadi. [hadis al Bukhari]
Maka dua hadis tadi cukup memberikan kesan kepada
kita sekiranya kita perhatikan dengan sebaik2nya, betapa mudahnya Islam sekiranya kita
amalkan sebagaimana yang diajarkan oleh RasuluLlah SAW, dan inilah yang dilakukan oleh
golongan salafus soleh yang terdahulu dari kita. mereka mengikut setiap ajaran Islam
dengan penuh keIMANan dan keIKHLASan tanpa ada sedikit penambahan atau pengurangan.
Cukuplah
dengan hal ini!! inilah jaminan dari Nabi SAW kepada umat Islam untuk mendapatkan syurga
Allah, tidak perlu kita menambah dengan hal yang tidak pernah disuruh oleh RasuluLLah SAW
kecuali yg dijelaskan oleh Baginda SAW sebagai amalan dari Baginda SAW (dari sunnah yang
soheh). dan tidak perlu kita memayahkan orang lain dengan penambahan yang membebankan.
Cukup dengan petunjuk Baginda SAW yang mudah dan Baginda SAW adalah seorang yang lebih
bertaqwa dari kita dan merupakan Saiyidul Mursalin [pemimpin para Rasul 3alaihimus salam].
Diceritakan
oleh Mohd b salam beliau berkata
telah menceritakan kpd kami 3abdah b hisyam dari
bapanya
dari 3aisyah r.3anha beliau berkata: adalah RasuluLlah SAW apabila menyuruh
sesuatu perkara beliau menyuruh sekadar KEMAMPUAN mereka, maka ada di antara mereka yang
berkata: kami ini bukanlah seperti kamu wahai RASULULLAH!!! ssgghnya Allah telah
mengampuni dosa mu yang terdahulu dan apa yang akan datang [ma3sum dari dosa dan
kesalahan], maka Baginda SAW marah hingga terlihat kesan kemarahan diwajahnya SAW. lantas
Baginda SAW bersabda: sesungguhnya orang yang paling bertaqwa dikalangan kamu dan
mengetahui tentang Allah, adalah aku ini!!!. [hadis al Bukhari]
Ya Allah ampunilah
kami dari kemarahan Rasul mu SAW!!! kerana kemarahan Rasul Mu bererti kemarahan Mu jua Ya
Allah!! kami berlindung dari MU dari bisikan syaitan yang direjam....
maka
dibulan yang mulia ini hendaklah kita berpuasa dengan penuh kesungguhan, mengharapkan
keampunan dari Allah terhadap kesalahan dan dosa kita yang telah lalu.
Diceritakan
oleh ismail beliau berkata
menceritakan malik kepada ku
dari ibnu syihab
dari
humaid b abd rahman
dari abu hurairah r.a.: sesungguhnya Nabi SAW bersabda: sesiapa
yang berpuasa dibulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan (agar diampunkan
dosanya dan penuh keikhlasan) diampunkan dosanya yang telah lalu. [hadis al Bukhari]
Ibadat
puasa ini bukanlah seperti ibadat yang lain, kerana ia mendidik diri kita kepada ketaqwaan
dan mujahadatun nafs, ibadat yang lain terikat dengan sifat riya' [menunjuk-nunjuk kepada
orang lain] seperti solat, zakat dan haji. mereka yang mengerjakannya tidak terlepas dari
penyakit riya' ini tadi namun ibadat puasa tidak dapat diperlihatkan kepada orang lain
kecuali Allah. kita berpuasa hanya untuk Allah, berpuasa segala2 dari anggota badan yang
luar hinggalah kepada yang batin. semuanya dikira antara keikhlasan hamba itu dengan Allah
Taala.
Telah menceritakan 3abduLlah b maslamah
dari malik
dari abi zinad
dari
al a3raj
dari abu hurairah r.a. sesungguhnya RasuluLlah SAW bersabda: puasa itu adalah
pendinding (benteng), (bagi orang yang berpuasa itu) tidak berkata perkara yang sia2 serta
tidak berkata kotor (mencaci maki, mencarut dll), maka sekiranya ada orang yang cuba
memukulnya atau mengajaknya agar berdebat, maka katakanlah kepadanya: sesungguhnya aku ini
berpuasa! sebanyak dua kali. demi jiwa aku di tanganNya (Allah) bau mulut mereka yg
berpuasa lebih harum di sisi Allah dari haruman kasturi, dia meninggalkan makan dan
minumnya hanya untuk Aku (Allah), (ketahuilah!) bhw puasa itu hanya untuk Aku (Allah) dan
Aku lah yang akan memberikan balasannya dengan kebaikan dengan sepuluh kali ganda. [hadis
al Bukhari]
Diceritakan oleh abu nuaim
menceritakan kpd kami al a3mash
dari
abu soleh dari abu hurairah r.a. dari Nabi SAW,
Baginda SAW bersabda: Allah telah
berfirman: puasa itu adalah untuk KU dan AKU lah yang akan mengganjarinya kerana dia
meninggalkan syahwatnya (dari melakukan hubungan dengan isterinya yang halal serta
meninggalkan tabiat buruknya yg haram semasa berpuasa) serta meninggalkan makan dan
minumnya hanya kerana KU, dan puasa itu adalah benteng. dan bagi mereka yang berpuasa itu
2 kegembiraan
1=kegembiraan semasa berbuka puasa
2=kegembiraan ketika bertemu dengan
Tuhannya
dan bau mulut mereka yg berpuasa lebih harum di sisi Allah dari haruman
kasturi. [hadis al Bukhari]
Berlumbalah wahai rakan!! untuk mengejar keampunan dan
syurga Allah dibulan yang penuh keberkatan ini. inilah peluang kita diwaktu ini, bayangkan
adakah kita bersua lagi di Ramadhan akan datang? adakah ini Ramadhan yang terakhir buat
kita? rebutlah peluang ini yang sedang kita laluinya. dan ketahuilah bahwa syurga Allah
terbuka luas menanti mereka yang berpuasa dengan penuh kesungguhan dan pengharapan kepada
keampunan dari Allah Taala.
Diceritakan kepada kami oleh qutaibah
menceritakan
kepada kami isma3il b ja3far
dari abi suhail dari bapanya
dari abi hurairah r.a.
sesungguhnya Nabi SAW bersabda: apabila tibanya bulan Ramadhan dibukalah pintu-pintu
syurga. [hadis al Bukhari]
Diceritakan kepada kami yahya b bukair dia berkata
menceritakan
kepada kami al laits
dari 3uqail
dari ibnu syihab beliau berkata
telah
memberitahu kepada ku ibnu abi anas hamba at taimiyin ssgghnya bapanya telah menceritakan
kepadanya, bhwsanya dia mendengar abu hurairah r.a. berkata:
telah bersabda Nabi SAW:
apabila menjelangnya bulan Ramadhan dibukalah pintu2 langit dan ditutuplah pintu Neraka
Jahannam serta dirantai para syaitan. [hadis al Bukhari]
Maka di sini ketahuilah
kita betapa agungnya bulan ini, buat umat Muhammad SAW, namun semua perkara ini berpandu
kepada niat kita sebenarnya. adakah niat kita ikhlas kerana Allah atau sebaliknya,
sebagaimana yang diriwayatkan dari hadis al Bukhari, telah berkata 3aisyah r.3anha dari
Nabi SAW: mereka diiringi dengan niat2 mereka.
Diceritkana oleh ahmad b sinan dan
mohd b yahya kpd kami, mereka berkata
telah menceritakan kepada kami yazid b harun
dari
syuraik
dari laits
dari thowuus
dari abu hurairah r.a. beliau berkata: telah
bersabda Nabi SAW: ssgghnya dibangkitkan/diiringi manusia itu dengan niat2 mereka. [hadis
dari Ibnu Majah]
Dengan niat kitalah akan diperhitungkan apa jua yang kita kerjakan
di dunia ini, dan pembalasan serta ganjarannya akan kita dapati di akhirat kelak.
bersedialah kita untuk itu! kehidupan di dunia ini hanyalah sementara, kegembiraan kita
yang melampau di dunia ini.. kini sering sahaja kita kecapi, maka janganlah kenikmatan ini
yang akan membuatkan kita sering menangis di akhirat kelak. beramallah!!! kerana kita
masih punyai waktu untuk itu.
Perlu diingatkan di sini, kehidupan yang hakiki bagi
mereka yang beriman kepada Allah adalah di akhirat. itulah yang pasti, namun sayang masih
ramai yang tidak mengerti dan memahami! renungkanlah mafhum hadis ini: wahai umat
Muhammad! Demi Allah sekiranya kamu mengetahui apa yang ku ketahui maka sedikitlah ketawa
kamu dan banyaklah kamu menangis. [hadis al Bukhari]
Setakat ini dulu yang sempat
dicoretkan buat teman2, semoga segala petunjuk ini dapat kita jadikan panduan bersama
Insya Allah....
Wassalam
AlamGhiri with RufaiDah elAnsoriyyaH...