Imam Al Hafiz Ibnu Majah
(wafat 273 hijrah)
Bismillah
Alhamdulillah
Assalamualaikum wbt
Namanya Muhammad Bin Yazid Bin Abdullah Bin Majah Al Qazwini.
seorang yang bertaraf al hafiz dalam bidang hadis, pentafsir alQuran dan juga seorang
sejarawan. Beliau merupakan seorang pakar hadis di Qazwin, Iran. dilahirkan di sana
pada tahun 207 hijrah.
Semenjak kecilnya terdedah dengan bidang keilmuan dan
mengembara ke serata ceruk rantau kota2 Islam seperti Basrah, Baghdad, Kufah, Makkah,
Syam, Rayy dan Mesir. dan beliau mendengar dari ramai ulama yang hebat dizamannya seperti
Abu Bakar Ibnu Syaibah, Hisham Ibn Ammar, Ibrahim Ibn alMunzir dan lain2.
Anak2
muridnya pula ialah seperti Abul Hasan Al Qotthon yang meriwayatkan 'Sunan'nya, Muhammad
Ibn Isa Al Abhari, Ibrahim Ibn Dinar, Ibnu Sibawaih dan sebagainya.
Beliau
merupakan seorang tokoh yang terkenal dalam bidang hadis dan terhebat di bidang
penghafalan dan ketekunan. sebagaimana kata2 Abu yawla Al Khalili Al Qazwini:
"seorang yg sangat tsiqah=dipercayai, disepakati terhadap riwayatnya dan amat
diperlukan serta seorang yang kuat hafalan".
Beliau mengarang kitab 'Sunan'nya
yg terkenal, dan dia juga mempunyai sebuah kitab Tafsir Al Quran, turut mengarang kitab
sejarah para tokoh sejak dari zaman para sahabat ridhwanuLlah 3alaihim sehinggalah ke
zamannya, dan kitab itu dinamakan Tarikh Qazwin dan juga sebuah lagi kitab sejarah yg
dinamakan Tarikhul Khulafa.
Kitab 'Sunan'nya yang terkenal sepanjang zaman di dunia
Islam, beliau membahagikan susunannya kepada pembahagian kitab dan bab, kitab atau pun
tajuk besar di dalam 'Sunan'nya dijadikan sampai kepada 32 kitab dan jumlah bab di
dalamnya pula mencapai kepada 1500 bab. Di dalam 'Sunan'nya mengandungi 4000 hadis
mengikut tertib ilmu fiqah. dan setiap hadisnya adalah yang terbaik dan tersoheh sebagai
hujah dari sunnah untuk diikuti dan dilaksanakan oleh setiap individu muslim. namun
kitabnya ini diletakkan sebagai kitab yang keenam selepas kitab sunan yang lain yang
bermula dari kitab Soheh Al Bukhari dan Muslim, Sunan Abu Daud, An Nasaie, At Tarmizi dan
barulah kitab beliau.
Taraf sesebuah hadis di dalam 'Sunan'nya, terdiri dari
martabat hadis yang soheh, hasan, dhaif dan bahkan juga terdapat hadis munkar dan
maudhuk=palsu di dalamnya tetapi terlalu sedikit. jika dinisbahkan kepada kitab sunan yang
lain, hadis dhaif amat banyak di dalam kitabnya sehingga dikatakan oleh Al Hafiz Abu Yusuf
Al Mizzi: setiap apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah secara sendirian (tiada dalam
riwayat Imam yang lain) dari 5 org imam adalah dikira sebagai dhaif".
Maka
dari hal ini seorang ulama telah mengarang kitab yang bernama 'Misbahuz zujajah fi
zawa'idi Ibn Majah'. beliau ialah al Hafiz Syihabuddin al Busiri Al Masri w840h, di dalam
kitabnya ini diterangkan setiap hadis yang ditambah dan tidak terdapat dari kitab Imam
yang 5. setiap hadis itu dikupas satu persatu untuk menentukan kesahihannya atau hanya
setakat hasan atau dikira sebagai hadis dhaif dan seterusnya dikira sebagai hadis palsu.
maka dalam keadaan ini sebagaimana yang kita fahami dari kata Al Hafiz Al Mizzi dan
dikuatkan lagi dengan pendapat Imam Ibnu Hajar w852h yang menyatakan bahawa kitab Sunan
Ibnu Majah ini terlalu banyak hadis dhaif dari riwayatnya yang bersendirian tanpa ada
sepakatan dengan Imam hadis yang lain. maka tidaklah sewajarnya dijadikan hujah hadis di
dalam kitabnya yang diriwayatkan oelh beliau secara sendirian melainkan setelah dikaji dan
diteliti secara terperinci lalu ditentukan sebagai soheh, hasan atau pun dhaif.
Kritikan
hadis dari kitab hadis beliau, ini banyak dibuat oleh para huffaz yang lain seperti Al
Hafiz Abu Yusuf Al Mizzi, Al Hafiz Ibnul Jauzi dan ramai lagi. kerana mereka menyatakan
setelah kajian dibuat terdapat di dalamnya beberapa orang periwayat yang dituduh sebagai
penipu dan mencipta hadis2 palsu. ini dapat dijelaskan dari kritikan oleh Al Hafiz Ibnul
Jauzi yang menyatakan bahawa terdapat 30 buah hadis dari kitab beliau adalah dikira
sebagai palsu, namun hal ini dibela serta ditolak oleh Imam As Sayuthi yang menyatakan
bahawa bilangan hadis palsu itu tidak sampai ke tahap yang disebutkan itu. [sila rujuk
kitab beliau At Ta3aqqubaat]
Beliau wafat di Qazwin pada tahun 273 hijrah dan yang
menguruskan jenazahnya ialah dua orang saudaranya iaitu Abu Bakar dan Abdullah, serta
seorang anaknya iaitu Abdullah.
Sekian Wassalam.