LUNAS ADALAH MESEJ JELAS RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA
Dalam kita sebok mengucapkan tahniah kepada Yb Saifuddin Nasution dan BA … serta
komen dan catitan peribadi para reformis serta petugas jentera BA di LUNAS …
kita sebenarnya telah mencapai hasrat awal dalam mempraktikan POLITIK ALAF BARU
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL.
Itulah yang sebenarnya telah berlaku di LUNAS … memang tidak boleh kita nafikan
dari 120,000 pejuang BA di LUNAS, 90% daripadanya akan bersetuju mengatakan
LUNAS telah mencipta sejarah dan ia lain dari yang lain dari pilihanraya yang
diadakan sejak merdeka…??? Itulah hakikatnya kini…dan kita boleh membuat
beberapa pecahan atau sisipan tentang TRAGEDI LUNAS (kata UMNO@BN BARU(A))
- Buat pertama kalinya lebih 120,000 petugas dan penyokong BA berada di LUNAS
sejak hari penamaan calon sehingga hari mengundi, dan mereka ini datang bukan
makan-angin tapi komited serta ikhlas berjuang untuk memastikan BA berjaya di
LUNAS. Jumlah petugas ini adalah yang satu catitan rekod dunia apabila
pilihanraya kecil mampu mengumpulkan petugas seramai ini. ( Jumlah 120,000 ini
telah disahkan oleh Mahathir@Mahafiraun )
- Buat pertama kalinya …. " HANTU-HANTU UMNO@BN " berjaya ditangkap dengan
rasminya…serta ia mendapat liputan yang meluas oleh media kroni ataupun
pro-reformasi…dan buat pertama kalinya juga UMNO@BN terpaksa akur dengan
tuntutan rakyat marhaen dalam isu " PENGUNDI HANTU " ini. Apa yang pentingnya
disini peranan unit risik BA dan petugas gerak-gempurnya telah mampu serta
benar-benar komited untuk menghalang kemasukan pengundi hantu ini…tanpa
menyebabkan perjalanan pilihanraya terganggu ….dan perkara ini diakui oleh SPR
dan POLIS sendiri..bahawa BA telah melaksanakan peranan mereka sebagai CALON
yang bertanding dan ia tidak melanggar akta pilihanraya dan undang-undang
negara. Mengikut catitan rasmi di Balai Polis LUNAS 18 buah bas telah
disoal-siasat dan disahkan ke 18 buah bas ini adalah orang BARISAN NASIONAL dan
dicurigai status tujuan mereka ke LUNAS …sehinggakan Tan Sri Khalil, Ketua
MIC@BN Kedah, Ketua MIC@BN Selangor bersetuju mengarahkan semua penumpang dan
bas ini dihantar keluar LUNAS dengan diringi oleh POLIS dan PEMUDA BA….dan
bas-bas ini tidak dibenarkan masuk ke LUNAS sehingga jam 6.00 petang.
- Kalau " Pengundi Hantu " yang datang mengunakan bas berjaya dihalang …..
tetapi " Pengundi Hantu " yang datang mengunakan kenderaan 2 roda atau 4 roda
masih berjaya masuk menjadi pengundi di LUNAS … mengikut statistik awal BA …
lebih 2,000 pengundi asal LUNAS telah hilang hak mereka untuk mengundi. Dan
2,000 inilah yang cuba di isi oleh " PENGUNDI HANTU " ini…..sehingga nyonya tua
yang mengundi sejak 10 kali yang lalu telah hilang haknya di LUNAS, apalah
adanya pada mereka yang baru 2 / 3 kali mengundi….. dan rahsia nama 2,000
pengundi hilang ini…. masih sukar diselesaikan ….namun begitu di
LUNAS…sekurang-kurangnya 40% masalah ini dapat diselesaikan….walaupun gagal
mencapai 100%. Statistik terkini lebih 1,000 " Pengundi Hantu " ini telah
berjaya dalam misi mereka di LUNAS ….. dan perkara ini telah diakui oleh pihak
yang merancang kemasukan " Pengundi Hantu " ini … mereka terpaksa menukar taktik
apabila PEMUDA BA berjaya menahan 14 buah bas disebelah pagi…..dengan
mengarahkan kenderaan 4 roda mereka mengambil " Pengundi Hantu " ini ditempat
yang ditentukan….dan disini telah menyebabkan kepincangan dan kekurangan kepada
pasukan kenderaan mengambil pengundi BN ….. dan diwaktu ini lah kenderaan BA
telah memanafaatkan peluang keemasan mengambil pengundi asli LUNAS dan merayu
undi disaat terakhir….dan hasilkan beberapa kubu kuat BN telah di tawan oleh BA
…. Inilah hikmah dan tragedi LUNAS …. Pihak BN terus dengan taktik
tradisionalnya … BA pula mengubah senario politik negara kearah yang lebih
dinamik dan tidak statik (kaku) seperti yang diamalkan sejak 10 pilihanraya umum
yang lalu..
- Di Taman Selasih ….. petugas BA dengan disiplin yang tinggi telah menjadi
kawasan pembuangan undi sebagai satu tempat menyatakan hak rakyat dan peranan
ini telah dimaksimumkan oleh petugas BA … sehinggakan segala kenderaan yang
keluar masuk ke dalam pusat mengundi ( termasuk kenderaan POLIS dan SPR ) akan
digeledah dan diperiksa dengan teliti oleh petugas BA dengan penuh disiplin
serta berhemah … dan petugas BA ini telah menjadikan pihak SPR dan POLIS mesra
tugas serta akur dengan tanggung-jawap mereka kepada sistem demokrasi di
Malaysia. Syabas kepada petugas di Taman Selasih….inilah sebenarnya yang patut
kita lakukan sejak dahulu lagi…..kita wajib mencurigai semua pihak yang
bertanding dan kita wajib berlaku adil kepada semua CALON pilihanraya…tanpa
mengira ia dari pihak pemerintah ke atau pihak alternatif. Disinilah peranan
rakyat marhaen menjadi pengadil begitu terserlah…kerana setiap undi yang
diberikan kepada calon yang bertanding adalah keputusan rasmi pengadil, dan
petugas parti disini memainkan peranan penting agar tiada kesalahan dan penipuan
akan berlaku pada pertandingan yang telus.
- Tanggungjawab dan bersemangat mempertahankan hak rakyat marhaen … satu tekad
dan motivasi minda yang amat baru buat petugas dan penyokong BA …. Tetapi di
LUNAS …. Semua ini tidak mustahil berlaku … dan ia telah dibuktikan oleh 120,000
orang pendokong BA ini … mereka datang dari segenap penjuru Malaysia, dari
berbagai latar belakang …. Dari seorang tanpa pendidikan sehingga yang bergelar
Prof atau ilmuan negara…telah memecahkan tembok pemisah…kasta pendidikan
negara….dimana mereka saling bantu membantu serta berkongsi idea dan pengalaman
dalam melaksanakan kerja-kerja Jentera Pilihanraya.
- Bagi para akedemi atau ilmuan …. kalau mereka tidak mampu untuk berceramah
secara terbuka….mereka ini telah memberikan tips dan idea yang mantap kepada
perayu undi dan penceramah majlis berkelompok yang hanya tahu menutur kata-kata
yang indah..namun input dan taktik disediakan oleh para ilmuan ini …. Dan secara
tidak lansung tokoh penceramah tempatan ini akan lebih menjadi dewasa serta
matang dalam berpolitik…kerana input dan idea para akedemik serta professional
ini dikongsi bersama serta digarapkan sebaik mungkin oleh mereka yang jujur lagi
ikhlas.
- Dengan pecahnya tembok pemisah ini …. para ilmuan atau para professional
telah berjaya memaksimakan peranan mereka kepada rakyat marhaen…. Walaupun
melalui sorang penoreh getah atau seorang nelayan …. minda dan mitos politik
tradisional telah dipecahkan dari PENGUNDI LUNAS….dan bayangan MALAYSIA ADALAH
DI LUNAS…itulah yang cuba dicerna dan direalisasikan oleh BA…dan para
professional dan ilmuan inilah inti patinya yang menjadikan LUNAS satu medan
percubaan dalam melahirkan POLITIK ALAF BARU MALAYSIA…alhamdulillah Allah swt
telah memakbulkanya.
- Anjakan paradigma dan persepsi politik pendokong BA serta pengundi di Lunas
…. Benar-benar memeranjatkan BN …. kerana selama ini BN mampu mengekang dan
mengula-gulakan rakyat marhaen…tetapi di LUNAS keadaan sebaliknya telah berlaku
….. walaupun pihak BA sekadar membuat percubaan dalam keadaan suasana seimbang
satu-satu kerusi Pilihanraya ( LUNAS mengambarkan keadaan Malaysia sebenarnya -
60 % melayu - 30 % cina - 15 % India - 5 % lain-lain bangsa )…percubaan ini
telah membuktikan kawasan yang akui selamat oleh BN selama ini tidak selamat
lagi … kalau disemak dalam kawasan Parlimen Malaysia ……. kita dapat mengenal
pasti terdapat 69 kawasan parlimen yang menyerupai pecahan pengundi yang sama
dengan LUNAS…dan peluang BA berjaya di 69 kawasan ini amat cerah kerana TRAGEDI
LUNAS (kata BN) telah membuktikan kawasan sebegini bukan kubu kuat BN
lagi…perubahan dan bukti serta fakta yang dilakukan oleh BA benar-benar
menakutkan BN, lebih-lebih lagi Mahathir@Mahafiraun .
- Pengorbanan dan penat-jerih petugas BA di LUNAS … benar-benar menakutkan BN
terutamanya UMNO@BN …. Petugas ini berkorban wang ringgit , masa , tenaga dan
sebagainya untuk memastikan BA berjaya…. Sehinggakan ada yang terpaksa meminjam
dari teman-teman seperjuangan untuk membayar wang sara hidup serta perjalanan
kembali ketempat asal….alangkah besarnya pengorbanan mereka dan ikhlasnya jiwa
mereka dalam memastikan BA berjaya di LUNAS ….. dan keadaan sebaliknya berlaku
di pihak UMNO@BN serta juak-juaknya …. Dan telah menjadi tradisinya… setiap
kerja atau tugas yang diarahkan ada imbuhan serta ganjaran yang dijanjikan …
disini terletaknya perbezaan antara petugas BA dan petugas BN … kalau di pihak
BA mereka ikhlas dan jujur dalam melaksanakan tugas … tetapi dipihak UMNO@BN dan
juak-juaknya … dengan wang dan ganjaran yang dijanjikan…moral dan semangat
mereka hanya kerana wang dan kuasa…tidak lebih dari itu….dan mereka hanya
mahukan wang dan wang adalah segala-galanya bagi mereka…..!!!! maka bagi mereka
POLITIK ADALAH WANG…WANG ADALAH POLITIK…..???? walaupun Presiden Seumur Hidup
UMNO@BN berlakon mengatakan POLITIK WANG DAN RASUAH TIDAK BAIK…tetapi inilah
telah ditanamkan dalam jiwa mereka…tanpa WANG dan KUASA mereka ibarat ikan
berada didaratan….mengelupur ibarat cacing kepanasan.
- Buat pertama kalinya juga Mahathir@Mahafiraun mengaku dihadapan wartawan
Jepun..bahawa faktor utama kekalahan BN di LUNAS adalah kerana DATUK SERI ANWAR
IBRAHIM…cuba kita bayangkan seorang yang terpenjara dan terlantar sakit di
hospital (akibat pukulan maut BAPA ANJING RAHIM NOR) mampu merobah dan merencana
senario politik negara … dimanakah letaknya keangkuhan dan keegoan UMNO@BN serta
rakan-rakan yang sewaktu denganya selama ini …. Apakah kalian telah mengaku
kalah atau saja pura-pura dan nak main kotor kat sini ….. tetapi itulah
hakikatnya kini….. ANWAR IBRAHIM telah menjadi phobia dan raksaksa kepada
Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN dan juak-juaknya….kini mereka terpaksa
mengakui…mereka tidak mampu lari lagi dari bayangan ANWAR IBRAHIM … walaupun
nyawa dan tubuh ANWAR IBRAHIM dijadikan mangsa….tetapi mereka gagal
menghilangkan perasaan menghantui yang sentiasa didatangi oleh roh dan jiwa
ANWAR IBRAHIM…begitu kuatnya kekuatan dalaman ANWAR IBRAHIM dalam jiwa mereka
ini. Karisma dan Minda ANWAR IBRAHIM telah digarap dan dipupuk dalam jiwa mereka
sejak peristiwa Baling lagi … dan jiwa ini sebenarnya meresap kesetiap orang
Melayu yang beragama Islam…dan semangat ANWAR IBRAHIM semakin hari semakin
membesar serta membuak-buak…sehinggakan Mahathir@Mahafiraun tidak mampu
melupakan ANWAR IBRAHIM walau sedetikpun….bagaimana setiap ucapan dan tulisan
beliau pasti akan menyebut nama ANWAR IBRAHIM… kalau tidak sebut nama pun….namun
karisma dan minda ANWAR IBRAHIM akan ditonjol dengan tidak sengaja oleh
Mahathir@Mahafiraun …. Begitulah besarnya pengaruh ANWAR IBRAHIM keatas POLITIK
DAN RAKYAT MALAYSIA …..dan ini tidak akan terpadam sehingga hari kiamat.
- Di LUNAS kita melihat masyarakat bebilang kaum bersatu dibawah payung
BA…mereka bersatu dan terus kukuh tanpa ada tembok pemisahnya…dan ini manakutkan
BN …. Kalau UMNO@BN dengan orang Melayunya sehaja….. Kalau MIC@BN dengan orang
Indianya sehaja….. Kalau MCA@BN dan GERAKAN@BN dengan orang cinanya sehaja…..dan
perkauman telah terang dan jelas dikastakan oleh BN dalam gerakan mereka. Tetapi
di pihak BA suasana berbeza berlaku…. Mereka ibarat satu keluarga yang besar
yang mencermin rakyat dan bangsa Malaysia….bertugas dan berintraksi secara
harmoni demi satu tujuan BA berjaya di LUNAS….inilah yang tida mampu UMNO@BN dan
BN laku sejak dari dahulu lagi.
Apa yang kita lihat dari TRAGEDI LUNAS ( kata UMNO@BN ) benar-benar merobah
senario dan suasana politik tanah air… kalau dulu pembinaan jalan raya, bekalan
air dan letrik , subsidi beras / gula / kopi / kain / basikal / beg sekolah
adalah agenda utama setiap pilihanraya ( di LUNAS sehaja kos projek segera jalan
raya…yang di maklumkan MB Kedah kepada YB Saifuddin adalah RM 25 juta yang
diongkosi selama 10 hari )… dan rakyat dan bangsa Malaysia kini telah
faham….budaya rasuah dan projek segera UMNO@BN dan juak-juaknya hanya sekadar
memancing undi sehaja … dan jika mereka berjaya…pengundi itu ibarat sampah
terbuang…..tetapi di LUNAS … pengundi telah meletakkan tanggungjawab dan harga
yang mahal kepada UMNO@BN dan Mahathir@Mahafiraun …segala bentuk projek atau
subsidi yang ditonjolkan adalah menjadi tanggung-jawap pemerintah…dan tidak kira
dari parti mana mereka…jika mereka telah dilantik menjadi pemerintah…maka wajib
bagi mereka melaksanakan tanggung-jawap ini sepanjang masa memerintah…bukanya di
waktu pilihanraya sehaja….kerana sekadar nak memancing undi. Iktibar dari kes
Kelantan dan Terengganu apabila diambil-alih oleh BA…kerajaan Pesekutuan
pimpinan UMNO@BN sanggup mendera rakyat dan bangsa Malaysia di Kelantan serta
Terengganu….dan mesej ini jelas rejim zalim Mahathir@Mahafirauan kini dibenci
dan dihina oleh rakyat marhaen.
Dalam suasana gundah-gulana UMNO@BN serta juak-juaknya ….. kini
tuduh-menduh….tikam-menikam….di kalangan mereka benar-benar gawat…dari kenyataan
Datuk Shahrir Samad….di sokong oleh Anak Yatim…..dan pimpinan UMNO@BN Johor
serta MKT UMNO@BN sendiri …. Mahathir@Mahafiraun sudah tidak releven bagi mereka
dan mesej mereka adalah mahu Mahathir@Mahafiraun menamatkan segera sandiwara
satira politik palsu ciptaannya. Para veteran UMNO (lama) berkata dasar dan
cita-cita asal Datuk Onn Jaafar telah diliwat dan diperkosa oleh
Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya…kerana nafsu serakah dan kuasa berlebihan
yang dituntut sehingga sanggup menggadai Islam dan Bangsa Melayu demi survival
politik dan kuasa wang peribadi mereka sehaja.
Bagi seluruh petugas dan jentera BA di LUNAS…segala pengalaman yang anda lalui
di LUNAS adalah satu memori dan sejarah hidup…dan ia sebenarnya telah mengajar
kita satu lagi erti perjuangan yang hakiki dalam merealisasikan MALAYSIA YANG
ADIL YANG BERPAKSIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH….dan catitan pengalaman anda semua
wajib dikongsi bersama dalam mengerakan JENTERA PILIHANRAYA BA pada masa akan
datang…. pengalaman anda di LUNAS benar-benar ditagih pada masa akan
datang…dengan kuasa dan pengalaman yang kita anda insya-Allah kita mampu
mengambil alih tampuk pemerintahan MALAYSIA melalui pilihanraya yang adil lagi
telus dalam waktu terdekat ini … bukanya tahun 2004…dan penulis menganggarkan
kalau mood rakyat dan mood pendokong UMNO@BN seperti sekarang tahun 2001 akan
muncul pilihanraya umum ke 11….kita berdoalah semoga allah swt memakbulkan doa
kita semua.
Salam perjuangan dan reformasi untuk seleruh pendokong BARISAN
ALTERNATIF…sesungguhnya pejuangan anda adalah jihad serta diberkati Allah swt.
" KEMBALIKAN HAK KAMI HAK RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA YANG MERDEKA "
" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN
"
6HB.DISEMBER.2000
REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL