Lunas : Dimensi Baru Politik Negara
Hackerzparadize
Editor Notes
Kekalahan
BN pada pilihanraya DUN Lunas baru-baru ini memberi beberapa gambaran tentang perubahan
tren politik tempatan.
Sudah menjadi tradisi sebelum ini di kawasan yang mempunyai
distribusi demografi seperti Lunas akan memberikan peluang yang cerah kepada BN untuk
mengalahkan pembangkang, bagaimanapun teori berkenaan tidak selalu tepat.
Kerana
terlalu yakin dengan teori berkenaan menyaksikan Samy Blue dengan angkuhnya mengugut untuk
tinggal di Lunas sekiranya BN kalah.. namun realitinya beliau kini semenangnya harus
menetap di Lunas sehingga BN menang lagi pada pilihanraya akan datang.
Jika diukur
berdasarkan keputusan pilihanraya umum lalu, BN khususnya Ameno tidak boleh bergantung
harap kepada undi di kalangan masyarakat Melayu. Seperti di Lunas, mereka terlalu
bergantung kepada pengundi Cina dan India untuk memenangi kerusi berkenaan.
Memandangkan
komposisi etnik India agak kecil berbanding ketiga-tiga etnik utama di Lunas, perletakan
calon MIC di kawasan berkenaan hanya mengundang padah sekiranya tanpa sokongan daripada
pengundi Cina.
Yang menjadi persoalan di sini, apakah faktor yang mendorong
pengundi Cina tidak menyokong BN pada pilihanraya berkenaan?
Apakah kerana kecaman
Madey terhadap beberapa pihak dari kalangan etnik berkenaan berkenaan sekolah wawasan atau
sememangnya pengundi Cina kini mula berubah arah politik mereka?
Umum mengetahui
yang masyarakat Cina merupakan golongan yang praktikal dan berpandangan jauh. Mungkin
kerana ciri berkenaan menyebabkan mereka agak sukar digugat dalam bidang perniagaan
berbanding etnik-etnik lain di negara ini.
Mereka melihat kedudukan Ameno dalam
perikatan BN kini tidak lagi kukuh memandangkan sokongan Melayu terhadap parti reput
berkenaan semakin hari semakin kurang... dan tidak mustahil dalam beberapa tahun mendatang
yang mungkin tinggal dalam Ameno cuma sang presiden dan pengerusi tetapnya sahaja.
Dengan
kedudukan Ameno yang semakin goyah, ia tidak lagi boleh menerajui pakatan BN malah akan
hanya mendorong BN ke kerusi pembangkang sedikit masa lagi.
Sebaliknya dalam masa
yang sama parti-parti seperti PAS dan KeAdilan dalam pakatan BA akan menjadi semakin kuat
dan membantu memperkukuhkan BA menghadapi BN yang semakin tenat.
PAS yang
kebanyakkan ahlinya adalah Melayu akan menjadi parti teras dalam BA sementara DAP sebagai
parti utama kaum Cina dan India, KeAdilan dan PRM menjadi parti berbilang bangsa. Konsep
parti politik yang terbuka tanpa unsur perkauman ini ditambah dengan potensinya yang
semakin meningkat dalam politik negara menarik minat pengundi-pengundi yang praktikal ini
untuk meletakkan harapan.
Apalah gunanya menyokong sebuah pakatan politik yang
bintangnya semakin malap? Inilah sebenarnya yang difikirkan oleh para pengundi di Lunas.
Cuba
anda fikirkan, apakah nasib Ameno sekiranya parti-parti dalam BN khususnya MCA dan Gerakan
berpaling tadah daripadanya? Ameno pasti berkubur dan tidak akan bangun lagi... kerana ia
tidak mempunyai kekuatan ahli untuk menggerakkan jenteranya bersendirian.
Kedudukan
Ameno dalam pakatan BN pada hari ini hanyalah untuk mengemis simpati bukannya sebagai
parti teras seperti beberapa tahun dulu. Sekiranya parti-parti komponen BN terus
mengharapkan Ameno, hampir pasti mereka akan berada pada kerusi pembangkang dalam
pilihanraya akan datang.
Pengundi-pengundi yang tidak inginkan parti mereka menjadi
parti pembangkang sudah pasti akan mengubah sokongan mereka kepada parti lain yang
kelihatan berpotensi untuk memerintah negara.
Oleh itu tidak hairanlah sekiranya
ahli MCA, Gerakan dan MIC di Lunas memilih keAdilan dari pakatan BA untuk mewakili mereka
kerana potensinya yang besar untuk menjadi parti pemerintah sedikit masa lagi.
Pemimpin
parti-parti komponen BN selain Ameno juga harus melihat perubahan kepercayaan ahli-ahlinya
terhadap konsep perikatan BN yang kini tidak lagi popular. Mereka harus lakukan sesuatu
samada menyingkirkan Ameno daripada BN atau bergabung dengan BA sekiranya ingin terus
kekal menjadi parti komponen kepada perikatan parti pemerintah di masa akan datang.
Sekian,
teruskan perjuangan.
Allahhuakbar.
http://www.hackerzparadize.f2s.com/index.php3