minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

BUKTI MAHKAMAH DIPERALATKAN UMNO DEMI KEPENTINGAN POLITIKNYA

Saudara Ezam Mohd Nor adalah Pengurus Pilihanraya PKN bagi DUN Lunas. Bagi menghalang pengibatannya dalam urusan pilihan raya DUN Kecil Lunas, beliau kemudiannya mendapat perintah untuk hadir ke mahkamah.

Demi kepentingan rakyat Ezam lebih mementingkan masa hadapan parti dan meneruskan tugas-tugas yang diamanahkan. Berita BERNAMA ini mendedahkan bagaimana hasrat kerajaan BN mahu menyekat kelancaran tugas-tugas yang dipikul oleh Ezam dalam pilihan raya itu.

Rakyat haruslah bersedia membantu Ezam dalam menghadapi apa jua halangan yang akan dikenakan terhadapnya sebagai membalas kabaikan yang Ezam curahkan untuk kepentingan rakyat.

MAHKAMAH PERINTAHKAN EZAM JELASKAN KESIHATANNYA

PETALING JAYA, 4 Dis (Bernama) -- Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan ketua pemuda Keadilan Mohamed Ezam Mohamed Noor mengemukakan dokumen bagi menyokong cuti sakitnya yang menyatakan tidak layak hadir di mahkamah, bagi perbicaraannya di bawah tuduhan Akta Rahsia Rasmi pada 29 Nov lepas.

Hakim Wan Afrah Wan Ibrahim menetapkan 7 Dis bagi Ezam untuk mengemukakan borang 14 sebagaimana yang diperuntukan dalam Akta Perubatan bagi mengesahkan cuti sakitnya yang diperolehi dari Hospital Kulim, Kedah.

Wan Afrah berkata beliau akan memutuskan pada hari itu sama ada untuk membatalkan jamin terhadap Ezam berjumlah RM7,000 berdasarkan borang 14 yang akan dikemukakan kepada mahkamah kemudian.

Ezam mengemukakan cuti sakit untuk dua hari mulai 28 Nov yang menyatakan beliau mengidap "acute conjunctivities" (sakit mata) setelah datang ke mahkamah pada pukul 3 petang hari ini di Mahkamah Sesyen di sini.

Pada 29 Nov mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Ezam kerana tidak hadir untuk perbicaraannya.

Ezam dituduh memiliki maklumat rahsia rasmi kerajaan dan mengumumkannya kepada media, di ibu pejabat Keadilan di pusat perniagaan Phileo Damansara II di sini kira-kira pukul 12.45 petang pada 6 Nov tahun lepas.

Sementara itu, Timbalan pendakwa raya Vong Poh Fah berkata sakit mata bukanlah sebab yang munasabah untuk tidak hadir di mahkamah.

Vong mengemukakan artikel dari kumpulan media tempatan yang disiarkan melalui laman web Malaysia Kini, yang melaporkan penyertaan aktif Ezam dalam kempen pilihan raya Dewan Undangan Negeri Lunas pada 29 Nov lepas sebagai bukti Ezam adalah sihat untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah.

Beliau berkata Ezam telah menyalahgunakan jamin dan Vong meminta mahkamah membatalkan jamin terhadap Ezam.

Peguam Ezam Hasnal Redzua Merican yang meminta mahkamah agar tidak membatalkan jamin Ezam berkata surat suti sakit adalah mencukupi sebagai bukti di mahkamah.

Beliau menjelaskan peguam Ezam tidak dapat hadir ke mahkamah pada 29 Nov kerana Raja Aziz mempunyai kes lain dan Zainur dimasukkan ke hospital.

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter