minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

HENTI GUNA ISTILAH 'KERAJAAN PEMBANGKANG' - HARUN HASHIM

Oleh Wartawan Detikdaily

Bekas hakim Mahkamah Agung, Harun Hashim menyarankan media supaya berhenti mengamalkan sikap "kita dan mereka" dengan menggunakan istilah "kerajaan pembangkang" ketika merujuk kepada kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu.

"Istilah "pembangkang" hanya boleh digunakan ketika melaporkan prosiding di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Istilah yang betul dan sepatutnya digunakan bagi Kerajaan Kelantan dan Terengganu ialah Kerajaan Barisan Alternatif," katanya, dipetik dari tulisannya yang bertajuk Benchmark: Who's a faihful government servant? (NSTP).

Katanya lagi, adalah salah dari segi perlembagaan kerana istilah "kerajaan pembangkang" sebenarnya tidak wujud. Lagi pun, yang menjadi pembangkang di kedua-dua negeri itu adalah BN.

Mengenai peringatan TPM, Abdullah Badawi kepada kakitangan kerajaan di Kelantan supaya menunjukkan taat setia kepada kerajaan yang memerintah, Harun berkata, peringatan Abdullah itu mengundang beberapa soalan: "Adakah ini bererti kakitangan kerajaan Pusat di Kelantan hanya perlu patuh pada kerajaan BN, sementara kakitangan kerajaan negeri pula hanya perlu patuh pada kerajaan PAS?"

"Jawapannya mestilah selaras di antara kedua-dua soalan itu sekiranya kreteria yang diperlukan adalah sikap tidak memihak perkhidmatan awam terhadap kerajaan yang memerintah," kata Harun yang juga anggota Suhakam.

Sebagai kesimpulan, katanya, yang perlu dibezakan ialah antara kakitangan kerajaan yang patuh dengan ahli politik yang patuh.

"Seseorang itu tidak boleh menjadi kedua-dua sekali dalam satu masa," katanya.

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter