RENUNGAN UNTUK AHLI UMNO
Untuk saudara/ri aktivis UMNO,
Dulu saya adalah seorang Ketua Cawangan, Ketua peti undi dan seorang yang cukup aktif di
dalam UMNO malah pernah bertanding di peringkat bahagian. Saya juga mendapat banyak
manafaat dengan menyokong dan berjuang bersama UMNO. Namun setelah berlaku kes saudara
Anwar dan diteliti perjalanan mahkamah, maka saya dengan hati yang luka dan amat kesal
dengan kezaliman yang berlaku, saya tidak lagi memperbaharui keahlian UMNO dan jawatan
saya telah diserahkan kepada orang lain. sebabnya adalah seperti di bawah:
- Adalah haram bagi mana-mana insan muslim yang bersubahat di atas
kezaliman.
- Keangkuhan presiden UMNO dengan memperkecilkan sunnah dan
memperlekehkan mana-mana ulamak yang tidak bersetuju dengan kerajaan, sedangkan ulamak
yang menyokong UMNO berdiam diri di atas sesuatu isu yang bagi saya adalah besar dan
terang-terang salah di sisi agama. Contohnya apabila Presiden UMNO memperlekehkan sunnah
dan menjaja saudara anwar bersalah sebelum dijatuhkan hukuman oleh mahkamah sedangkan
beliau sendiri takut untuk ke mahkamah.
- Presiden UMNO telah menghakiskan demokrasi di dalam
UMNO dengan
menghalang pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Kononnya untuk mengelak
perpecahan. Tetapi sebenarnya mereka takut untuk berlawan.
- Presiden telah beberapa kali menipu ahli UMNO dengan mengatakan, a)
Musalah pengganti saya, bila Musa dipecat kerana tidak sebulu dengan beliau maka beliau
berkata pula b) Ghaffarlah pengganti saya dan setelah Ghaffar diturunkan berkata lagi
beliau bahawa Anwarlah pengganti saya dan setalah anwar dipecat pula beliau berkata pula
Dollah akan menggantikan saya. c) Saya akan berhenti bila ekonomi kita pulih dan bila
diwar-warkan ekonomi pulih beliau berkata pula, saya tidak akan berhenti selagi UMNO tidak kembali kukuh. Percayalah
UMNO tidak akan kembali kukuh selagi beliau menjadi
Presiden kerana di kalangan rakyat beliau adalah sebenarnya bebanan kepada UMNO.
- Presiden sebagai Perdana Menteri telah menyalahgunakan kuasanya
untuk bailout syarikat anak-anak dan kroninya yang muflis dengan menggunakan wang rakyat
berbillion banyaknya, sedangkan anak-anak melayu yang layak telah gagal untuk ke IPTS
kerana ketiadaa wang. Dan yang berjaya ke IPTA terpaksa meminjam. Pada saya wang rakyat
yang berbillion itu sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat yang sebegini.
Kesimpulannya saya menyepikan diri (masih belum
dipecat)d ari UMNO adalah kerana banyak
perkara yang menyeleweng dari segi adat dan hukum agama yang dilakukan oleh UMNO termasuk menabur fitnah yang bukan-bukan terhadap parti
PAS walau pun PAS itu juga
melayu dan Islam. Maka saya telah mengambil keputusan tidak akan bersama UMNO lagi
kerana takutkan balasan Allah di akhirat nanti. Kalau kita bersubahat maka kita akan
menanggung dosa bersama orang yang lakukan kemungkaran itu.
Sebelum ini saya yakin yang UMNO ikhlas berjuang untuk bangsa melayu dan islam, rupanya
sekarang UMNO berjuang untuk survival politik pemimpin dan kroni mereka sahaja. mereka
semakin kaya tetapi rakyat semikin papa dan dipandang hina pula secara tidak langsung
oleh pemimpin UMNO.
sekian untuk renongan saudara/saudariku
kakitangan kerajaan.