minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

PENGHARGAAN KEPADA PENYOKONG BA

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera....., 

Saya bagi pihak Bendahari Bahagian Parti Keadilan Nasional Bahagian Padang Serai ingin mengucapkan jutaan terimakasih di atas sumbangan yang diberikan. Walaupun kutipan wang yang terkumpul dari pengiklanan melalui laman web hanya sekadar RM333.32 tetapi, sumbangan segala peralatan dan tenagakerja dari seluruh pelusuk negeri begitu membanggakan dan membuatkan perjalanan pilihanraya berjalan dengan lancar. 

Hampir 10,000 tenagakerja dari semua peringkat tempatan mahupun luar, bekerja dengan keras sepanjang pilihanraya dengan penuh keikhlasan tanpa mengira penat mahupun balasan; yang penting BA mesti menang. Dan segala usaha BA berolehlah kejayaan. 

Tidak seperti BARIsan Nasional telah menghabiskan lebih daripada RM21 juta begitu sahaja. Secara rawak dari pengiraan saya, BA membelanjakan lebih kurang sebanyak RM55 ribu sahaja. Bukannya kami hendah berbangga atau bermegah, tetapi ini satu peringatan kepada KERAjaan BARIan Nasional bahawa, rakyat telah sedar dan dapat menilai antara kaca dan permata. Maruah rakyat tidak mudah dibeli begitu sahaja. 

Ingatlah wahai P***M** dan kroninya...... Suara Rakyat Adalah Suara Keramat. Gerakan Reformasi akan terus berdiri gagah memperjuangkan keadilan tanpa nokta. 

Kepada semua yang terlibat, sekali lagi saya ucapkan jutaan terimakasih di atas sumbangan yang kami terima. 

Hanya Tuhan saja yang mampu membalasnya. 

Yoyo. 

Lawan Tetap Lawan.

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter