MALAPETAKA MENGHAMBAT UMNO/BN
TAHNIAH
DAN SYABAS!!!
MUNKIN MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK SAYA MENGUCAPKAN TAHNIAH
KEPADA SAUDARA SAIFUDDIN DI ATAS KEJAYAAN BELIAU DENGAN KEMENANGANNYA DI PILIHANRAYA
KECIL DUN LUNAS.
Tidak lupa juga kepada seluruh kepimpinan dan
petugas petugas dan penyokong BARISAN ALTERNATIF yang telah dapat menjalankan peranan
masing masing didalam keadaan yang amat sulit berhadapan dengan segala jenis tipu
muslihat dan putar belit seluruh media pro BN, syabas.!!!!!
Sudah banyak pihak
dan penulis ruang siber yang telah memberikan ucapan tahniah kepada seluruh parti
komponen BARISAN ALTERNATIF serta juga para petugas petugas yang terlibat. Di sini, saya
juga ingin menarik perhatian sekelian pembaca dan juga para pemimpin BARISAN ALTERNATIF
dan penyokong penyokong BA agar tidak lupa juga kita mengucapkan jutaan
terima kasih kepada pendakwah pendakwah bebas yang aktif di utara semenanjung seperti
ustaz Shamsuri , Ustaz Kazim yang telah sekian lama tanpa penat, tanpa jemu terus
dengan siri siri ceramah Agama siang dan malam yang saya kira telah
menjadi salah satu faktor penyumbang kepada perubahan sikap majoriti pengundi
Melayu yang mana sudah mula mempunyai kefahaman sebenar tentang tuntutan Agama Islam.
AKIDAH
UMAT ISLAM…..
Sepanjang tempoh pemerintahan UMNO/BN,orang
orang Islam di negara ini mengalami krisis Akidah yang amat serius.UMNO dan para
penasihat Agamanya memang sedar dan mereka mahukan perkara ini berlaku kerana ini
memberi peluang kepada mereka memerintah dengan lebih lama!!!Olih itu disamping ceramah
ceramah yang mendedahkan segala penyelewengan BN dan segala macam ketidak adilan di
dalam sistem pemerintahan BN projek utama bagi orang orang Islam di Malaysia ini
ialah memberi penerangan secara berterusan dan serius tentang Agama Islam yang sebenar
,bagi memperbetulkan minda sekelian umat Islam yang telah di asak sejak kecil lagi
dengan fahaman ajaran sekular.!!!!
Tugas ini amat berat kerana
BARISAN ALTERNATIF mempunyai ruang media yang amat terbatas sekali. Oleh itu
dakwah secara berkelompok hendaklah diteruskan, malah diperhebatkan lagi. Pemilihan
penceramah hendaklah dibuat dengan berhati hati oleh para pemimpin agar tidak timbul
kekeliruan di kalangan orang Islam. N dengan seluruh media pro mereka senantiasa
memainkan jarum racun menyuntik fahaman sekular kepada umat Islam siang dan malam. Para
pemimpin mereka juga setiap kali berucap, tidak ketinggalan menggasak minda umat Islam
dengan fahaman sekular mereka dan memaksa seluruh umat Islam mengamalkan cara hidup
sekular seperti mereka. Inilah cabaran berterusan yang akan dihadapi olih para pemimpin
BARISAN ALTERNATIF yang mana tugas berat ini wajib dipikul olih pemimpin PAS yang
berjuang atas landasan ISLAM!!
KETAKSUBAN ORANG UMNO…
Jika dilihat dari segi ketaksuban orang orang
UMNO terhadap parti UMNO itu sendiri, kita amat merasa simpati kepada mereka
kerana fahaman Assabiyah yang telah ditanam oleh para pemimpin UMNO terhadap pengikut
mereka melebihi ketaatan mereka kepada Allah swt dan Agama Islam !!!!! Mereka punya
takut hendak melepasakan rantai ikatan yang telah membelenggu leher mereka dan
sanggup bermusuhan sesama orang Islam yang lain yang ingin menolong mengubah nasib
mereka!!! Oleh itu beberapa cara perlu difikirkan bagaimana untuk mendekati orang orang
seperti ini yang tidak mahu datang kemajlis penerangan Agama Islam anjuran Barisan
Alternatif. Selagi mereka duduk dalam kepompong UMNO dan bergantung harap kepada media
pro UMNO/BN selagi itulah mereka tidak akan dapat menghayati Islam sebenar dan selagi
itu lah mereka mendukung UMNO/BN sampai mati!!!
SEDIKIT TEGURAN BUAT PENCERAMAH
PAS…
Apabila orang pergi mendengar ceramah olih
ustaz atau pendakwah PAS, mereka mengharapkan majlis yang dianjurkan merupakan majlis
Ilmu Agama dan sudah tentulah isikandungan ceramahnya ialah mengenai hal Agama Islam
semata mata!!! Sudah tiba masanya para penceramah PAS mengubah cara penyampaian mereka
dengan mengelak daripada berceramah dengan menggunakan taktik sindir menyindir atau
perli memperli pihak lawan. Maksudnya disini ialah, kalau ada topik yang menyentuh bab
rasuah misalnya, dan kita sedia maklum bab ini memang bayak sekali contoh dan nama
nama pemimpin yang bolih dikaitkan jangan sekali kali sebut nama mereka dan parti lawan.
Memadai dengan memetik ayat ayat AlQuran dan hadis hadis nabi dan bawa contoh contoh
zaman Nabi Muhammad saw.dan bagaimana Baginda mengatasi kes seperti ini.Melalui
pengalaman mendengar kaset kaset Ustaz Shamsuri dan Ustaz Kazim saya dapati cara
penyampaian seperti ini amat berkesan sekali, kerana maklum lah kisah nabi :,jika kita
mendengar bagaimana cara baginda menjalankan tugasnya sebagai seorang pemimpin kita akan
lebih merasa yakin..Perlu juga diingat bahawa pengikut BARISAN ALTERNATIF terdiri dari
kalangan berbagai bagai lapisan masyarakat baik Islam mau pun bukan Islam,dan berbagai
latar belakang pendidikan termasuk para professional. Rakyat sekarang sudah bijak
menilai sesuatu isu dan rakyat boleh berfikir dan dengan contoh contoh zaman Nabi,rakyat
mampu mengaitkannya dengan isu semasa!!!
CABARAN MENDATANG….
Dengan
kemenangan DUN LUNAS tempoh hari dan reaksi juak juak UMNO/BN menerima keputusan
tersebut adalah dirasakan BN akan bertambah menggila dan akan bertindak lebih
kotor. Melalui pilihan raya LUNAS tempoh hari, peluang keemasan pihak BARISAN ALTERNATIF
ialah dapat bertembung dengan pengundi pengundi hantu yang sedang diangkut memasukki
Pekan Lunas. Gunakan lah isu ini dengan sebaik munkin bahawa Setiausaha UMNO mempunyai
peranan yang ketara dalam hal ini berdasarkan pembelaannya terhadap penumpang penumpang
bas tersebut.Apakah rakyat boleh ditipu dengan mengatakan bahawa mereka yang di
dalam bas itu semua adalah penyokong calun BN.Apa ? ingat ni pertandingan
bolasepak kah yang perlu mengangkut penyokong dari luar.? Yang terlibat dalam membuat
undian ialah orang tempatan DUN LUNAS. LUNAS bukan lah besar sangat.Kalau
penyokong,kenapa sebok sebok datang hari orang mengundi??? Nampak sangat Para juak UMNO
ni dah jadi bodoh!!! Hidup mereka bertuankan penipu/pembelit/pembohong, dan kini seluruh
juak UMNO/BN dijangkiti penyakit bos mereka.
BARISAN ALTERNATIF jangan
mudah khayal dengan kemenangan ini.BN memang pakar dengan segala tektik ala Gestapo dan
gangsterismnya. Tidak dapat cara tipu, mereka pasti akan bertindak secara kejam.Ingat
ucapan BAPA REFORMASI DSAI dalam CD pertama beliau: Mereka akan menggunakan segala
helah , tipu muslihat, dan mereka bukan saja didokong oleh kalangan UMNO: bahkan luar
UMNO!!!!fikir fikirkan!!!! Mereka sedang benar benar desperate. Mahader adalah punca
segala masaalah. Juak juak UMNO/BN sedar hal ini. Tetapi oleh kerana masing masing sudah
saling gantung bergantung antara satu sama lain dengan tempoh yang begitu lama,satu
orang pun dikalangan mereka tidak mampu berbuat apa apa terhadap punca masaalah
itu:: iaitu Mahader!!! Jalan terbaik buat mereka ialah teruskan dengan bersekongkol
dengan segala perancangan bosnya serta penasihat penasihat beliau walaupun tidak masuk
akal!!!!
MALAPETAKA SEDANG MENGHAMBAT….
Malapetaka sedang menghambat UMNO/BN . Setelah
pilihanraya DUN Lunas, kita dikhabarkan bahawa akan ada lagi beberapa pilihanraya kecil
Batu Berendam dan Bentong.??? Semasa pilihanraya Umum pada tahun 1999, BN mengakui
menang besar!!! Rakyat tahu kemenangan itu berpunca dari penipuan melalui undi hantu.
Juak juak yang menang tu pun sedar yang mereka menang secara tipu!!! Tapi apa nak rasa
guilty kerana memang itu lah perangai mereka semua: hidup dengan menipu!!! Rakyat
sedih, terkejut dan marah setelah memberi sokongan kuat kepada BARISAN ALTERNATIF, BN
masih menang. Hati masing masing tertanya tanya siapa pulak yang
memangkah BN ni??? Rupa rupanya khabar khabar mengenai undi hantu yang tersiar dilaman
laman web menjadi kenyataan. Rakyat tak boleh berbuat apa apa!!! Pemimpin peminpin
BARISAN ALTERNATIF dapat membuat kenyataan akhbar dan bantahan saja.!! Tapi dek dasar
muka tampal kulit babi yang menang buat tak tahu!!!Mereka berkuasa.!!!
Tapi Allah
maha kaya. Tanpa diduga satu kerusi disebuah Pekan yang kecil tiba tiba kosong. BN
caught by surprise!!! Malapetaka buat UMNO/BN seandainya satu demi satu Pilihanraya
kecil perlu diadakan dan Insya-Allah berkat kesabaran rakyat yang dizalimi dan
berkat doa yang tidak putu putus .Pilihanraya kecil akan lebih memudahkan BARISAN
ALTERNATIF untuk gempur secara khusus dan semua tenaga petugas boleh ditumpukan khas,
jika dibandingkan dengan pilihanraya umum!! Tak terkejar tanah lah UMNO/BN..!!! Kini,
tiba saat rakyat menghukum UMNO/BN diatas keangkuhannya. Malapetaka sedang menghambat
UMNO/BN !!! Inilah balasannya terhadap tindakan mereka memperleceh kan Agama Allah swt.
UMNO/BN ibarat orang yang sedang terkurung didalam sebuah bilik tak berpintu, tak
bertingkap. Mereka cuba keluar, tapi setiap kali mereka berusaha mereka terhantuk
kedinding,…bengkak sana bengkak sini….benjol sana benjol sini.!!!!!! Selama ini kamu
tak mahu menggunakan hukum Allah, kini kamu ditimpa masaalah Allah tidak akan
menunjukkan kamu jalan yang diredhainya!!!
PENGHAYATAN ISLAM
Sekali lagi
kita tekankan disini pentingnya fahaman Islam sebenar kepada rakyat jelata. Semua
pejuang reformasi Islam yang duduk dalam Parti selain PAS wajib menjadikan Islam
sebagai matlamat perjuangan.Berjuang diatas tujuan selain daripada membela Agama Allah
adalah sia sia belaka. Berjuang lah dengan jujur dan ikhlas tanpa mengharap balasan,
pujian atau sebarang imbuhan. Dunia yang kita huni kini sedang dilanda bemacam macam
masaalah. Semua ini akibat pemimpin pemimpin yang tidak mahu kepada ajaran Allah swt.
Pemimpin yang tidah mahu mengikut kehendak Allah swt jatuh satu demi satu!!!!. Lihat
pula orang yang mengaku pemimpin dinegara kita ni.Kemana dia hendak membawa
sekelian rakyat Malaysia ini????tepuk dada Tanya iman!!!
ESJAY