minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

KELUHANPEMIMPIN-PEMIMPIN DAN AHLI-AHLI UMNO!

Semalam saya dijemput untuk majlis berbuka puasa di rumah seorang kawan lama yang kebetulan ialah seorang pemimpin UMNO yang tidak kurang pengaruhnya. Saya perhatikan ramai juga ahli2 dan pemimpin2 UMNO dan juga ahli2 korporat dijemput ke majlis ini.

Sambil menikmati juadah saya sempat juga memasang telinga mendengar perbualan2 di antara orang2 UMNO ini. Yang saya asyik dengar ialah keluhan demi keluhan. 'Apalah PM ni, tak ada kerja lain lagi, asyik nak salahkan orang lain. Diri sendiri tak mahu mengaku salah. Bilakah dia ni nak sedar sikit? Tak ada ke sesiapa yang nak menegur orang tua ni? Makin tua makin menjadi jadi pula!' berkata seorang ahli UMNO.

'Apa boleh buat, UMNO makin tenat sekarang. Ada presiden, presiden tak makan saman!' berkata pula seorang pemimpin UMNO. 'Hancur dibuatnya UMNO. Makin hari makin merosot sokongan orang2 Melayu terhadap UMNO tapi PM masih berdegil mahukan kita ikut cakap dia aja. Dia saja yang betul. Dia ni ego tinggi sangat' tambah pemimpin UMNO tersebut.

'Satu cara aja nak selamatkan UMNO walaupun dah teruk sangat. Kick this old man. Vote of no confidence. After all, what's so special about him? Nothing spectacular anyway. Leaders come and go. He is  more a liability than an asset now. So, in the interest of the nation and the party, why should we retain him? If he refuses to step down honourably, let us give him the boot!' berkata pula seorang ahli UMNO dengan nada yang tinggi. Terdiam sejenak semua yang hadir apabila terdengar komen ini yang agak drastik. 'C'monlah, kalau kita sayangkan parti, why are we not doing anything to this one man who is causing all the damage? Lagi lama kita biarkan dia berkuasa, lagi hancur dibuatnya parti. Apa yang kita nak tunggukan lagi? Let us tell him, enough is enough!', tambah lagi ahli UMNO tersebut.

Saya perhatikan kesemua yang hadir di majlis berbuka puasa ini macam setuju dengan apa yang disebut oleh ahli UMNO ini. Selepas menunaikan sembahyang fardu maghrib dan sambil menunggu waktu isyak, perbualan masih tertumpu kepada PM dan telatahnya. Selesai sembahyang tarawikh, topik perbualan masih sama.....how to get rid of this old man. Sebagai orang luar, saya hanya mendengar. Tak berani campur. Ini hal dalaman UMNO. Lagi pun pada saya UMNO ni dah nak ditalqinkan. Tak ujud lagi. Yang tinggal ialah spesis2 terakhir.


PELAPOR

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter