SAMY VELLU JADI PENOREH GETAH DI
LUNAS?
Jangan terkejut! apabila anda terserempak dengan
Samy Vellu sedang motong getah di sebuah estet di
Lunas seminggu selepas adun Barisan
Shit ( BN ) kalah di Lunas.Ini kerana janji-janjinya bahawa dia tidak
mahu pulang ke
KL jika BN kalah.Semoga impian kita jadi kenyataan....
Jika Samy berasa segan untuk tinggal di Lunas
(motong getah) beliau bolehlah ajak besannya (Si Mamak
Kutti) tinggal bersama-samanya
di Estet Lunas. Kan mereka berasal dari darah yang sama!
Dengan ini kita harapkan mereka insaf nasib
penoreh-penoreh getah macam kami. Tak kira lah Melayu
atau India. Untuk pengetahuan
Samy Tol Vellu dan Mamak Kutti, sekilo getah yang kami jual belum dapat lagi
kami
beli sekilo beras! Apatah lagi di musim hujan sekarang.Getah tidak dapat ditoreh.
Ketika insan BN sibuk membeli juadah berbuka puasa
apabila petang menjelma kami pula berbuka dengan air
kosong dan sepinggan nasi
bertatahkan seekor ikan tamban kering (tanpa kuah).
Kami tidak menyesal hidup sebegini.kami mungkin
miskin harta tetapi tidak miskin jiwa seperti mamak
Kutti.
Sebagai penutup, kami Warga penoreh ingin
mengucapkan tahniah dan syabas kepada Wakil Rakyat
Baru Y.B Saifudin yang berjaya
"menerajang" BN yang sombong dan takabur.Syabas juga kepada pekerja BA yang
bertungkus lumus dalam pilihanraya kecil ini. Alhamdulilah Allah sentiasa
bersama-sama orang
yang teraniaya.
Sekian. Jumpa lagi.
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.
Penoreh
Getah Tua.