SATU PEMERHATIAN
Assalaamu'alaikum Wr. Wb & Salam Sejahtera.
Sdr. Webmaster/Pembaca Mindarakyat,
Daripada pemerhatian saya ke atas beberapa siri maklumat-maklumat yang terkumpul dalam
Laman Mindarakyat akhir-akhir ini, baik berkaitan debat Ustaz Ali Muda atau pilihanraya
kecil dun Lunas, saya agak terpanggil untuk meluahkan perasaan saya seperti berikut:
- Sebahagian daripada puak-puak UMNO nampaknya tidak jelas maksud pengabdian diri kepada
Allah sebagaimana yang Allah pinta. Sebenarnya pengertian ini terangkum dalam
kalimah thoiyibah (LaaIllaaHaaIllallah). Mungkin asas pembelajaran agama kita semua di
peringkat sekolah telah mula disekularkan hinggakan mana-mana ustaz menterjermahkan
kalimah itu dengan maksud.."Tidak ada Tuhan Selain Allah" sahaja. Sekiranya kita
mentela'ah sebuah buku karangan Ustaz Maulana Almadudi dari India, dalam bukunya yang
bertajuk "Empat Istilah Al'Quran", beliau menjelaskan bahawa kalimah tersebut
terlalu luas maknanya dan antara lain sebagai contoh adalah seperti berikut:
- Tidak ada sistem hidup yang lain selain daripada yang ditentukan oleh
Allah.
- Tidak ada sistem perundangan yang lain selain yang
ditetapkan oleh Allah.
- Tidak ada sistem pernikahan yang
lain selain yang ditetapkan oleh Allah. Kalau tak percaya, cubalah pasangan Islam
bernikah depan lawyer, tanpa saksi, wali, mas kahwin (mahar) dll yang releven.
- Tidak ada sistem berpolitik selain yang diizinkan oleh Allah. Dalam Quran
disebut siapa patut dipilih sebagai pemimpin.
- Tidak ada
sistem pengurusan jenazah selain daripada yang ditetapkan oleh Allah.
- Tidak ada kaedah berpuasa selain yang ditetapkan oleh Allah. Kalau tak
percaya, puasalah malam hari dan berbuka menjelang subuh, lantaran angkuh kepada perintah
Allah dan ikut kepala sendiri. DLL....
Sekiranya kefahaman kita ke atas kalimah tauhid ini
hanya sekadar kepercayaan adanya tuhan sahaja, ini bermakna standad kepercayaan kita sama
dengan Abu Jahal. Tentu saudara-saudara pernah terdengar dalam ceramah tuan-tuan
guru agama bahawa Abu Jahal semasa menghadapi Nabi Muhamad SAW dalam perang Badar beliau
berdoa dengan perkataaan mulanya "Allaahuma.....hingga akhir". Beliau
tidak menyebut nama berhala Lata Wal'Uzza. Ini tidak, bila tahlil..eewahhh.. bukan
main lagi golek kepalanya dengan khusyuk, Tapi...rupanya hanya setakat dibir saja. Ini
yang Allah maksudkan dalam Al-Quran "beriman dengan sebahagian Al-Quran dan ingkar
sebahagiannya (Afatu'minuu nabibakthilkitab, watakfuru nabiba').
- Ekoran daripada
beberapa peristiwa yang berlaku semasa pilihan raya kecil Lunas, pihak BA dan penyokongnya
mestilah bersiap sedia dari sekarang dengan strategi yang ampuh antara lainnya:
- Semua orang BA, mestilah bekerjasama membantu mencetak nama kawan-kawan kita
sebagai daftar pengundi dari web SPR yang terdapat dalam laman-laman pro-reformasi dan
simpan dengan sebaiknya. Ia boleh digunakan sebagai bukti nama kita telah ada di situ.
Sekiranya pengelola laman R4MC boleh memprogramkan semasa cetakan tertera tarikh dan masa
adalah lebih baik. Ini untuk mengelakkan nama hilang di saat akhir. Disegerakan!!!!
dari saat ini juga kerana dijangka banyak lagi Adun BN yang akan tewas (istilah
Indonesia).
- Penyokong BA disaran menubuhkan Skuad Anti
Pengundi Hantu (SAPU), Skuad Undi Pos (SUP) dan lain-lain jika perlu, untuk menangani
penipuan pihak BN yang terkenal di dunia dengan kenakalannya itu.
- Penulis-penulis
upahan seperti yang diulas oleh beberapa netters, memang patut digelar sebagai pelacur
kerana sanggup mencari rezeki nak bagi makan anak bini dan ibubapanya dengan jalan tidak
halal. Kalau nak disamakan dengan Ismail Kerbau pun boleh jugak rasanya. Penulis ini
marah sebagai penulis alam cyber tak pakai nama sebenar. Kalau pakai nama sebenar
penulis alam cyber ini sebenarnya tengah meletakkan tali gantung dilehernya. Dia tu
lain ler.........Nak kata bahlol, pandai menulis pulak.
- Dalam rungan FGR ada
hamba Allah memberi maksud perkataan LUNAS sebagai "Lengkop Umno Negara Akan
Selamat". Ya tak ya jugak!!!!. Patut jugak BN tewas.
Sekian,
Widuri!.
|