MUKA MAHATHIR TAK LAKU LAGI!!
Kami dah habak dah jangan gunakan poster2 yang
menunjukkan muka si tua nyanyuk tu tapi depa tak mau dengark. Depa mau poster Mahathir
jugak. Kami di bawah ni taulah orang2 Melayu dah meluat tengok muka si tua ni.
Menyampah! Lani orang2 Cina pun dah fedup tengok muka dia. Lantaklah. Kami punya
pandangan tak mau dengark. Ada yang nak bodek, mengampu. Hah, inilah akibatnya! Padan
muka kalah! Begitulah keluhan ramai petugas2 veteran UMNO yang turun padang baru2 ini di
Lunas.
Orang2 UMNO sendiri dah sedar
Mahathir ni dah menjadi liabiliti kepada parti. Kalau dulu apa yang dikatanya rakyat
akan percaya tapi sekarang dalam UMNO sendiri, ramai dah tak yakin lagi. Tampallah
poster2 dengan mukanya semasa muda dulu, lagi rakyat nampak, lagi rakyat menyampah.
Rakyat menyampah kat pemimpin sorang ni aja. Pemimpin yang menyesatkan. Kempen membenci
ialah pada sorang ni saja! Rakyat dah beri banyak signal, tarikh lupus mu dah habis,
dont overstay your welcome tapi kerana egonya tinggi, beliau degil dan berkeras tak mau
undur juga.
Lagi lama dia berkuasa lagi hancur dibuatnya UMNO. Jangan salahkan
rakyat kerana menolak UMNO kerana pemimpin2 UMNO khususnya dalam MKT yang hanya nak jaga
perut sendiri, mementingkan periuk nasi sendiri dan tak berani bangun menentang dan
menegur si nyanyuk tua ni, maka membuat rakyat tak yakin lagi dengan UMNO. Dah lama
rakyat menunggu tapi keadaan bukan bertambah baik tapi lagi teruk! Nak ditonjolnya lagi
muka si tua yang dah tak laku ni!
PELAPOR