minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

PENYOKONG ATAU PENGUNDI HANTU

Wah, bukan main lagi Khalil, SPR dn POLIS menyatakan bahawa orang2 yang berada dalam 14 atau 17 bas yang ditahan oleh pihak BA merupakan penyokong2 BN. Pelik juga, macam mana Khalil boleh tahu mereka ni ialah penyokong2 BN? Lagi pun, kalau nak beri sokongan pun mengapa pada hari mengundi baru nak tiba. Mengapa tak datang awal2 lagi semasa kempen2 sedang rancak dijalankan? Datang di saat akhir pada hari mengundi apa gunanya kalau bukan ada agenda lain?

Penyokong2 ni datang dari jauh, ada dari Pahang, ada dari Selangor.....habis orang2 India dari estet2 diangkutnya ke Lunas. Untuk apa? Takkan datang jauh2 nak beri sokongan aja. Pelikkan? Yang pasti mereka ni datang bukan percuma. Semua ditanggung beres. Itu yang dapat dikesan. Yang tak dapat dikesan dan terlepas mungkin ramai!

Cuba semak samaada nama orang2 yang datang dengan bas ni ada didaftarkan sebagai pengundi di mana2 pusat mengundi di Lunas. Kalau SPR belum memadamkan nama2 tersebut, mungkin rahsianya boleh terbongkar! Baru kita tahu siapa yang bohong. Baru kita tahu mereka ni penyokong atau pengundi hantu! Dapatkan nama2 mereka dan semak daftar pengundi terbaru untuk DUN LUnas.

Di Sabah, diberitakan pengundi hantu digunakan secara terang2, tanpa segan silu dengan pihak SPR dan polis memerhatikannya! Depan SPR, depan Polis, pengundi2 hantu ni keluar mengundi! Maka tak hairanlah di Lunas pun Polis dan SPR terlibat secara langsung dalam penggunaan pengundi hantu! Nasib baik pihak BA dapat menahan bas2 tersebut. Jika tidak, dengan jumlah penumpang dalam 14 bas ini, sudah pasti kemenangan akan memihak kepada BN! Sanggang dan Teluk Kemang sepatutnya milik BA jika insiden2 seperti ini dapat dipintaskan. Syabas petugas2 BA!


ANTI PENIPUAN

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter