MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

MINDA MINGGUAN

'THE BEGINNING OF THE END'

Mengapa saya memberikan tajuk di atas dalam bahasa Inggeris? Saya juga boleh memberikannya dalam bahasa Melayu iaitu bermaksud, 'permulaan bagi sebuah kehancuran!'

Memang inilah taktik diktator tua lagi nyanyok itu. Cuba amati bila dia enggan kaum Melayu mengerti apa yang dipercakapkan (kerana ramai orang Melayu masih lemah Bahasa Inggeris terutama di pendalaman), maka dia segera mengalihkan percakapannya ke Bahasa Inggeris. Namun kerana kadar celik huruf semakin meningkat, maka sekali pun warga tua yang keciciran dalam pelajaran dahulu tidak faham apa yang diperkatakan oleh Mahathir, nescayalah anak-anak mereka sudah bersedia untuk menterjemahkan bahasa Inggeris itu ke bahasa Melayu.

Perbincangan dua sahabat yang saya siarkan dalam artikel Apabila Langit Terbelah kini sudah menjangkiti kebenaran kerana akhir-akhir ini MR sudah menerima banyak email dari penulis-penulis baru di alam siber. MR ingin merakamkan tahniah kerana anda sudah menyedari kepentingan menulis sebagai satu senjata membangkitkan semangat juang anak bangsa!! 

Ingat, mata pena itu lebih tajam dari mata pedang!!

Kehancuran BN semakin menyerlah. Laman MR juga pernah menghasilkan artikel tulisan Kemang Suasa bertajuk Muslihat BN Di Teluk Kemang Akan Terbongkar Jua!!. Saya sisipkan di sini apa yang menarik untuk anda perhatikan semula.

"Pilihan raya kecil Parlimen Teluk Kemang akan menjadi titik tolak dalam sejarah politik negara kerana ianya akan menjadi sempadan antara keluhuran dan kekejian dalam kemelut arena politik negara ini."

"Dalam menangani kegawatan sokongan dan reformasi dalaman, parti Barisan Nasional sedang goyang dan tidak tentu arah. Mereka melakukan apa sahaja untuk muncul sebagai parti terbaik di negara ini yang kununnya berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Namun taktik yang hina dina itu amat memalukan apabila 'wang' menjadi bahan utama untuk meraih sokongan sehingga 'sogokan' berlaku secara berleluasa tanpa ada had dan batasan!!!"

"Gelagat 6 budak hitam memang memberikan kesan yang bercelaru dalam pemikiran orang Melayu. Tetapi, orang Melayu di Teluk Kemang sudah matang. Kita mudah meyakinkan mereka betapa ada sabotaj dalam perjuangan keadilan dengan  mengaitkan hal ini dengan kaedah penubuhan PAS Baru di Kelantan dan Terengganu dulu."

Percakapan Mahathir dalam Perhimpunan MCA ke 47 di Wisma MCA, Kuala Lumpur semalam sebenarnya adalah satu percubaan mengubah sejarah politik Tanah Melayu yang mula dikesan sejak pembukaan Melaka oleh Parameswara.

Satu janji manis demikian bukan senang untuk diwar-warkan, melainkan dengan harapan untuk terus berkuasa dan menjawat PM sampai mati, maka sokongan harus diperolehi dan keyakinan harus diberikan agar beliau mampu mencapai hasrat dan cita-citanya. Apabila beliau sudah semadi dan menghadapi perbicaraan pendek di alam barzakh, peduli apa siapa yang menjawat jawatan PM itu kerana sudah pastinya beliau sibuk dengan urusan di alam barunya. Itu kerja mungkar, nangkir!

Maka yang menjadi mangsa penipuan kali ini ialah kaum Cina dan India kerana mereka sangat berharap menjadi Perdana Menteri. Mungkin itukah sebabnya Datuk Ling Liong 'Shit' itu mahu kembali menjadi Menteri Pengangkutan setelah dilepaskan, semacam, bermain tarik tali. Saya percaya keadaan begini hanya berlaku di zaman Mahathir dan saya berharap Ibrahim Baba sudi untuk merakamkan episod ini dalam siri popularnya suatu masa dulu iaitu Hanya Di Zaman Mahathir!

Ada juga pandangan dari penganalisis politik yang menyatakan ucapan Mahathir itu sebagai satu percubaan mengalih perhatian rakyat dari bercakap isu Ketua Hakim Negara Eusoff Chin atau bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ali Abol Hassan. Kenyataan Datuk Shafiee (bekas Ketua Pengarah BPR) semasa soal balas di Mahkamah Tinggi  sebagai saksi kes perbicaraan DSAI semakin menyedarkan rakyat tentang Mahathir dan tindakannya melakukan rasuah kuasa, sebagaimana yang didakwanya DSAI melakukan bagi mempertahankan dirinya dari disiasat polis.

Anihnya dalam kes ini walau pun sama, polis tidak bertindak menangkap Mahathir atau menghantar sepasukan FRU dan para SB ala Mossad menceroboh kediamannya di Mahligai Air Mata Rakyat, memecahkan pintu dan menyumbatkan beliau ke dalam lokap. Kemudian tidak ada juga peristiwa memukul beliau semasa di dalam sel sebagaimana dilakukan oleh Rahim Nor ke atas DSAI. 

Kita hanya ingin bertanya, apakah dua istilah undang-undang sebagaimana dikatakan DSAI itu benar-benar satu kenyataan. DSAI pernah berkata, dua jenis tafsiran undang-undang yang diamalkan di negara ini di mana satu untuk Mahathir dan satu lagi untuk rakyat. Dalam erti kata lain, undang-undang yang sama dibaca dalam dua versi berbeza antara rakyat dan Mahathir.

Kembali kepada takdir yang akan berlaku, setiap perlaksanaannya tidak akan mampu ditolak oleh manusia. Tiada apa yang dapat menghalang dari berlakunya takdir, melainkan doa dan usaha. Namun yang tersurat di Luh Mahfuz pasti akan berlaku jua sebagai ketetapan azali dari Ilahi.

Kemuncak kehancuran UMNO dan parti BN akan kita hayati dalam episod seterusnya agenda politik parti yang sedang memerintah itu. Marilah kita melibatkan diri dalam peristiwa bersejarah ini kerana ketinggalan rasanya jika kita tidak 'tumpang sekaki' dalam menghancurkan parti taghut lagi sekular ini. Hendaknya penyertaan anda itu disertai dengan niat ikhlas membela agama, bangsa dan tanah air dan korbankan apa jua yang termampu terutamanya masa, tenaga dan wang ringgit, sebelum nyawa yang diminta menjadi korbannya!!

Takbir!!!!

Polong Cyber
Webmaster Minda Rakyat
18 Jun, 2000

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com

TheCounter.Com