KISAH PENYELEWENGAN MASJID GOPENGAJK Masjid Gopeng begitu angkuh kerana mereka menumpang sokong yang hampir roboh Umno itu sendiri. Mereka berpengerusikan bekas Ketua Cawangan Umno Pekan Gopeng. Dan isu masjid baru ini sebenarnya adalah antara isu utama ketika puak-puak beliau hendak menjatuhkan Aziz Shamsudin sebagai ketua bahagian Umno Gopeng. Malu dan hina Aziz Shamsudin hingga beliau membuat sidang akhbar khas berkaitan dengan rasuah/ politik wang dalam Umno ketika itu. Maka heboh tentang politik wang hinggakan diadakan perhimpunan khas Umno berkaitan dengan politik wang. Dikatakan inilah mulanya Aziz Shamsudin berusaha menjatuhkan DSAI. Banyak menyatakan golongan yang berjaya menjatuhkan Aziz Shamsudin adalah golongan DSAI dan ini sebagai signal kepada Dr. Mahathir.
Kini Masjid yang telah siap terbina pula menjadi isu di
Gopeng. Masjid lama di tutup kerana takut pengaruh PAS berkembang di situ. Dengan
pelbagai alasan seperti kurang sumber kewangan untuk mengendalikan dua buah masjid.
MAka ALLAH Maha kuasa telah membuktikan mereka benar-benar tiada duit.
Dalam seminggu ini dua kali tabung masjid dipecahkan. Kali terakhir sengaja ditinggalkan RM 2 oleh pencurinya. Pembinaan masjid baru pun tak mengikut spesifikasi plan asal. Menara masjid tak ada. Masjid bocor. Pagar tiada. Tapi akhirnya diluluskan juga. |