SATU PENGAKUAN PEMIMPIN DUNIA YANG MASIH BELUM ISLAM

"AL-QURAN BERI SAYA INSPRASI"

Perdana Menteri Britain, Encik Tony Blair (gambar), telah dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau memiliki dua naskhah al-Quran dan telah mendapat inspirasi selepas membacanya.

Encik Blair, seorang penganut Kristian, memuji Islam sebagai "fahaman yang memberi gambaran diri secara mendalam, amat tenang dan indah" menurut laporan BBC.

Encik Blair membuat kenyataan itu dalam satu temu ramah yang dijadualkan diterbitkan di dalam sebuah akhbar Islam Britain hari ini 31 Mac, 2000.

"Sekiranya anda membaca al-Quran, ia sungguh jelas... konsep kasih sayang dan persaudaraan sebagai panduan semangat kemanusiaan," ujar Encik Blair.

Jika seorang pemimpin dunia yang diketahui masih belum memeluk Islam sudah memberikan pandangan dan penilaiannya begitu, bagaimana pula sikap kita sebagai pemimpin Islam, di sebuah negara yang didakwa Islam. Pernahkah kita memuji dan meyanjung Al-Quran melalui perlaksanaan apa yang terkandung di dalamnya sebagaimana dakwaan Tony Blair?