Sikap kepimpinan UMNO mempertahankan yang buruk, busuk, keji dan
berbagai lagi kekotoran yang dilakukan oleh mereka amat jelas. Bila ada saja puak2
mereka buat salah, dan rakyat pun nampak dan tahu mereka buat salah, maka ketua
mereka cepat2 beri alasan seolah-olah memberi green light pula di atas tindak tanduk
yang keji itu. Apakah rakyat ini semuanya buta dan bodoh? Tidak tahu menilai yang
mana betul dan yang mana salah?
Rakyat, khasnya penyokong BA tak semudah itu tertipu, tetapi malangnya penyokong2
UMNOlah yang meredhaukan diri mereka seperti LEMBU - mengiyakan apa saja yang
dikatakan oleh pemimpin mereka. Perbuatan MB Pahang yang tidak senonoh itu
sepatutnya mendapat teguran dan diambil tindakan dari pucuk pimpinan mereka. Tetapi
tidak pula begitu, malah diberi perlindungan pula oleh TPM - Dollah Bedawi.
Apakah
ini sikap pemimpin2 kita? khasnya pada bangsa Melayu? Saya, sebagai rakyat negara
ini, yang bukan pun anak Pahang berasa cukup malu di atas sikap seorang pemimpin
yang berkelakuan demikian. Saya teringat satu ketika dahulu di mana seorang alhi PAS
yang berwibawa, seorang ahli pantun telah dipecat kerana beliau berjoget.
Jika
dilihat secara kasarnya, apakah salahnya berjoget, kerana itu adalah satu di antara
budaya hiburan orang2 Melayu. Tetapi sebagai sebuah parti Islam, perbuatan seorang
ahli parti yang ulung, perbuatan beliau berjoget dihadapan orang ramai dianggap
tidak senonoh, mencemarkan kewibawaan parti PAS, dan oleh itu beliau terpaksa
digugurkan.
Lain pula kesahnya dengan UMNO, perbuatan sumbang yang begitu
jelas tidak ada apa2. Malah semuanya OK. Merogol OK, buat rasuah OK, buat fitnah OK,
menipu rakyat OK, rampas hak2 rakyat OK, pukul orang OK, mengugut OK, kutuk rasul
dan mempersendakan ayat Allah pun OK, mempergunakan pihak kehakiman, polis, fru, bpr
untuk kepentingan sendiri pun OK. Baik kata apa yang menguntungkan mereka, semuanya
OK!! Inilah amalan sebenar Kerajaan Barisan Nasional hari ini di bawah kepimpinan
orang2 UMNO.
Jika kita sayangkan negara ini, ubahlah pemerentah negara kita
dan majukan REFORMASI untuk rakyat jelata.
Salam REFORMASI!!!
Pak Ngah |