SERAHKAN SANGGANG KE PIHAK YG BENAR

Agak terkejut menerima berita dari kampung yang pilihanraya akan diadakan tidak lama lagi.. Takziah buat keluarga Allahyarham Datuk Abdullah Kia. Kami anak-anak didik pahang di UK sudah tentu amat berharap agar peluang keemasan seperti ini digunakan sebaik mungkin oleh ibubapa dan saudara mara di sana untuk memikirkan semula tampuk pimpinan daerah warisan kita Sanggang.

Kenangan pulang ke kampung halaman masih dalam ingatan kami,setelah penat berhempas pulas menghadapi peperiksaan summer lepas. Rindu melihat kampung halaman kita subur dengan hasil pertanian dan masyarakat yg ramah-tamah. Namun terpalit juga sedikit kekesalan dengan perubahan yang berlaku di daerah kita itu.

Kami datang ke luar negara dengan membawa bekalan agama dan adat didikan orang tua.  Namun sedih rasa hati apabila anak-anak muda lain di kampung terus hanyut tanpa tiada siapa yg mengejutkan mereka. Siapa yang bertanggungjawab?Kamikah di sini atau pemimpin di sana atau mok & aboh yg telah penat membesarkan anak, bila dihantar ke sekolah yang tidak mendidik hilang segala usaha sejak mereka kecil. Pitam mata bila melihat gambar artis yang tidak kurangnya seperti di sini,di tambah lagi dengan siaran TV yang tidak langsung membangun minda. Berita bertukar menjadi kempen dan orang kampung kita disogok dengan duit umpan. Nilai RM10 dan makan tengahhari upah sambut Mahathir ke Jengka tidak setanding dengan masa depan peribadi anakcucu mak & abah nanti.

Pilu juga hati mendengar anak makcik belakang rumah tidak jadi sambung belajar walaupun mendapat pinjaman sebuah kementerian. Jika duit yang dipinjamkan setakat untuk membeli buku,mana hendak dicari belanja sara hidup di kolej swasta sebelum masuk ke universiti.  Seminggu belanja berharga sebulan menoreh getah. Kami di sini amat bersyukur kerana terpilih di beri rezeki oleh Allah dengan takdir perantaraan kerajaan. Tetapi yakinlah wahai saudara maraku, wang yg kami terima milik rakyat dan sesiapa juga berhak ke atasnya,bukan milik pemerintah yang gila kuasa.  Semuanya atas penat lelah kami bersengkang mata belajar dan mak abah yang membantu, bukan datuk yang tolong tandatangan.  Cukuplah setakat ucapan terima kasih tetapi apa perlu bersyukur kepada orang yang melupakan nikmat Allah kepada mereka, 50 sen duit tol dipandang murah, bangunan tinggi dibina  yg untuk bermegah sedangkan aki yang sebatang kara atap sekeping tiang rumeh sebatang  tiada siapa menampung dan membela.

Mok aboh,sedare mare dan segala puok kite,mohlah beri kuasa  kat PAS.  Bukannya peghintan nok ngundi UMNO lagi. Dah beghikei kita nyokong die dulu,tapi punoh anok cucu kita. Gone nok ngajo menda molek mengkala  Datuk  Adnan senighi peghangei tak senonoh gaye hempughaih,malu kome!!!!!.

Insyaallah kami berhajat benor kalau PAS memerintah kampung halaman kita. Biar rakyat kita subur dengan ilmu agama,sistem al-quran menjadi sumber pemikiran untuk membangunkan tanah dan masyarakat,bukannya setakat memenuhkan kocek orang-orang tertentu.  Kami kat sini tak boleh nak ngundi,bukan saje pengundi baru dinafikan hak,peti undi pilihanraya umum dulu pun tak nampak bentuk kat UK ni seperti kami di sini bukan rakyat malaysia yang bertanggungjawab, yang sayangkan tanah air sendiri.  Kami akan kembali melihat kemakmuran rakyat Kelantan dan Terengganu dan lebih ingin pulang jika sanggang kita milik pihak yang benar~ISLAM. Bukan seje melayu bahkan orang cina & india juga aman bila diperintah secara adil,macam di dua negeri yang dah menang.

Yang rindukan tanah air,

Ummu hurairah,
United Kingdom.