Pada 1 April ini pengundi-pengundi
Sanggang akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil pertama dalam abad baru ini
selepas pemilu 1999. Barisan Nasional(BN) akan berusaha sedaya-upaya untuk mempertahankan
kerusi ini. Barisan Alternatif(BA) yang diwakili oleh PAS akan cuba merampas kerusi
DUN untuk menambahkan ADUNnya dalam Dewan Undangan Negeri Pahang(DUN).
Dalam pemilu
1999 BN hanya menang dengan majoriti 1038 undi. Walaupun majoriti pengundi di kawasan ini
adalah terdiri daripada orang-orang Melayu,adakah kemenangan calon BN kerana sokongan
orang-orang Melayu? Ramai berpendapat kemenangan BN adalah kerana undi orang bukan
Melayu,tetapi Mahathir bermati-matian mengatakan bahawa orang-orang Melayu masih
menyokong UMNO.
Bagi memastikan kemenangan calon BN,Mahathir akan berusaha sedaya
upaya menjajikan berbagai program pembangunan dan kemajuan bagi penduduk Sanggang. Sejauh
manakah BN yang selama ini menguasai Sanggang dalam setiap pilihanraya telah membawa
pembangunan kepada penduduk Sanggang ? Kalau ada pembangunan,pembangunan itu adalah
program pembangunan yang menyeluruh untuk negeri Pahang khasnya.
Sanggang hanyalah
merupakan kawasan luar bandar yang kecil dan Mahathir tidak akan pedulikannya sama ada BN
menang atau kalah. Kalau BN tewas Sanggang akan diberi tumpuan pembangunan
secukup-cukupnya bagi memastikan BN merampasnya kembali kelak.
BN sudah menggunakan
tatik-tatik kotor dengan menjajikan berbagai macam pembangunan dan mencurahkan jutaan wang
ringgit untuk menawan hati rakyat. Pengundi-pengundi disoggokkan dengan wang ringgit,kain
dan baja. Jalanraya menuju ke kampung ditar dan setiap insan yang miskin
diberi bantuan secukupnya.
Terima saja apa yang orang-orang UMNO atau BN bagi.
Bila lagi hendak rasa barang-barang percuma daripada orang yang tidak pernah saudara
saudari kenali,yang muncul secara tiba-tiba di hadapan rumah saudara saudari,tetapi bila
mengundi nanti pangkah PAS/BA.
Sebelum saudara-saudari turun untuk mengundi
renungkan peristiwa-peristiwa berikut dan pastikan sama ada adil atau tidak, BILA;
a.
Hakim dan pihak pendakwa membantu menghalang Mahathir supaya TIDAK hadir diri di mahkamah.
b.
Mencuri coli di supermarket kena penjara 6 tahun,DSAI yang dituduh rasuah dikenakan
penjara 6 tahun tapi si Rahim "bulldog" yang pukul DSAI sampai setengah mati
dikenakan penjara 2 bulan saja dan dibebaskan atas ikat jamin.
c. Menteri
besar si Adnan tunjuk isyarat lucah dan punggungnya di depan ribuan rakyat dan Mahathir
tidak tegur sapa,mungkin bagi Mahathir perbuatan itu adalah amalan bermoral tinggi
yang patut dicontohi.
d. Menteri besar si Adnan melarang sebarang kuliah dan
ceramah agama di masjid dan surau seluruh Pahang,sedangkan amalan perjudian di Genting dan
beberapa tempat lain di Pahang dibenarkan berterusan.
e. Peguam negara mengenepikan
tuduhan rasuah terhadap Rafidah, walhal rakyat tahu Rafidah terlibat dengan rasuah secara
terbuka kerana ada bukti-bukti kukuh.
f. Mahathir mendiamkan diri tentang
tuduhan rasuah Daim Zainuddin berhubung dengan sumbangan wang dan saham daripada 3 tokoh
koporat.
g. Peguam negara mengenepikan tindakan ke atas Rahim Thamby Chik dan
Mohamad Taib berhubung dengan kes rasuah dan skandal seks.
h. Mahathir membisu
tentang kes Eric Cheah dengan Pewaja.
i. Mahathir mengarah menangkap tokoh-tokoh
pembangkan dan mendakwa mereka atas berbagai kesalahan dibawah akta yang berbagai.
j.
Mahathir mengharamkan beberapa terbitan dan majalah serta menghadkan pengeluaran Harakah.
k.
Mahathir mengambilalih Indah Water Konsortium setelah konsortium itu rugi
berjuta-juta ringgit tetapi khidmat kepada rakyat tidak indah mana. Sekarang kerajaan guna
wang rakyat untuk bayar gantirugi konsortium tersebut.
Banyak lagi penyelewengan
dan salah guna kuasa yang boleh disenaraikan diatas, tetapi memadailah setakat yang
tersebut di atas itu sebagai peringatan dan pencetus minda.
Setelah 40 tahun
memerintah parti-parti seperti LDP di Jepun, Congress di India, Golkar di Indonesia
dan Kuomintang di Taiwan dikalahkan kerana amalan rasuah yang
berleluasa,amalan kronisma,skandal seks,salah guna kuasa,penyelewengan serta kesombongan
dan keangkuhan para pemimpin-pemimpinnya. UMNO/BN pun boleh menerima nasib yang
sama.
UMNO bukanlah sebuah parti yang kebal dan tidak boleh dikalahkan. UMNO
seperti parti-parti LDP,Congress,Golkar dan Kuomintang boleh ditumbangkan oleh rakyat.
Orang Melayu tidak harus fikir bahawa UMNO saja parti yang boleh menjaminkan masa depan
mereka. Di Kelantan dan Trengganu rakyat boleh hidup dengan aman dan damai,tanpa kebuluran
atau pergaduhan di bawah kerajaan PAS. Ini jelas membuktikan masyarakat orang Melayu
dan bukan Melayu boleh hidup tanpa UMNO/BN dan tanpa Mahathir.
Ini masanya untuk
menunjukkan kepada Mahathir sama ada UMNO masih diterima oleh orang Melayu. Orang
Melayu Sanggang seharusnya menolak calon UMNO sebagai protes kekejaman regim Mahathir
terhadap rakyat jelata. Pengundi Sanggang berpeluang mewakili rakyat Malaysia seluruhnya
bagi menyatakan rasa tidak puashati mereka terhadap salah guna kuasa,rasuah dan sekatan
terhadap hak asasi rakyat untuk berfikir dan bersuara secara bebas.
Kemenangan UMNO
atau PAS tidak akan mengubah bentuk kerajaan Pahang kerana BN mempunyai majoriti besar
dalam DUN. Kekalahan UMNO akan menjadi satu pengajaran bagi UMNO menyedari bahawa rakyat
sudah tidak puashati dengan dasar-dasar UMNO ala "Ali Baba dengan 40 penyamun"
itu. Kemenangan PAS akan menambahkan satu lagi suara rakyat yang bosan terhadap telatah si
Adnan dan kerajaan BN Pahangnya.
Jangan pilih UMNO,pilih calon pembangkang yang
benar-benar boleh bersuara dan membangkitkan masalah saudara-saudari dalam DUN nanti.
Pilihlah PAS/BA.
ALI ALLAH DITTA
|