ADNAN PERLU MOHON MAAF!
Memorandum Menuntut Dato' Adnan Yaacob Meminta Maaf Kepada Pengundi Dan Penyokong
BA.
Pilihanraya kecil DUN Sanggang semakin menjelang tiba. Maka, inilah peluang keemasan
bagi seluruh rakyat Malaysia, khasnya di Sanggang untuk memilih wakil rakyat baru yang
akan membela nasib dan masa depan mereka serta generasi yang akan datang. Kita juga
mengharapkan agar pilihanraya kecil ini akan berjalan dengan penuh lancar dan adil
tanpa ada sebarang kejadian buruk atau hina dari mana-mana pihak.
Malang sekali,
kebiadaban Dato' Adnan Yaacob terhadap para pengundi BA telah mula mencerminkan
'kekotoran' pilihanraya kecil yang akan berlangsung dalam masa beberapa hari lagi.
Sekiranya di Jepun ini berlaku perkara yang sedemikian, maka kerajaan dan rakyat tidak
akan dapat memaafkan sama sekali perbuatan biadab seperti itu dan orang yang berkenaan
haruslah meletakkan jawatannya secepat mungkin.
Menyedari kejadian biadab
tersebut, maka kami para ahli Pakatan Pelajar Elit Pahang Jepun (PPEPJ), MENDESAK DAN
MENUNTUT Supaya Dato' Adnan Yaacob meminta maaf secara terbuka kepada seluruh pengundi
dan penyokong BA, khasnya di Sanggang sebelum pilihanraya kecil berlangsung. Jika ini
tidak dapat dilakukan, maka amatlah wajar bagi seluruh rakyat Sanggang untuk menghukum
tindakan biadab tersebut dengan memberi undi dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi
kepada calon BA, Dato' Hishamuddin Yahaya demi menjaga maruah kita rakyat Pahang, khususnya
di Sanggang.
Sekian.
Mohd Arshad Osman, Setiausaha Agong, Pakatan
Pelajar Elit Pahang Jepun (PPEPJ), Tokyo, Jepun.
Bertarikh 22 Zulhijjah 1420,
bersamaan 28 March 2000
|