PAK LAH DIBERI AMARAN |
|
JANGAN RUNTUHKAN DEMOKRASI
Dakwaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang meminta
universiti dan kolej mengawasi pelajar mereka yang mungkin terlibat berkempen untuk
PAS di Sanggang, sebagai satu provokasi terhadap amalan demokrasi di negara ini. Sebaliknya kepimpinan BN akan cuba mengaitkan pihak tertentu seperti IPTA dan IPTS untuk ikut serta dalam propaganda 'busuk' mereka bagi menentang amalan berkempen yang kini dijalankan secara agresif oleh parti alternatif.
Semalam, TPM Abdullah Badawi berkata pihak pentadbiran universiti dan kolej mestilah
mengambil tahu tindakan para pelajar mereka yang secara jelas melanggar peraturan
dan disiplin universiti serta kolej masing-masing kerana berkempen untuk
pembangkang. |