LETAK FRU ANTARA ISTANA DENGAN RAKYAT
Kecuali Sultan Perak, Sultan Terengganu dan Sultan Johor Raja-raja Melayu yang lain
membuta tuli dan membisu apabila rakyat memerlukan mereka. Kecuali Sultan Perak,
Sultan Terengganu dan Sultan Johor yang lainnya memisahkan diri dari rakyat yang
memerlukan mereka untuk bersama rakyat menentang kekejaman, kezaliman,
salahgunakuasa, ketidakadilan, rasuah, penindasan keatas Islam yang dilakukan oleh
kerajaan BN dibawah pimpinan Dr Mahathir. Mereka jelas bukan raja-raja kepada rakyat
tetapi adalah boneka-boneka Dr Mahathir.
Mana ada perpecahan dikalangan orang
Islam di Malaysia yang kononnya hendak disatupadukan oleh Raja-raja Melayu? Rakyat
Islam Malaysia tidak berpecah, malahan lebeh 80 peratus bersatu dengan erat dibawah
BA menentang kekejaman dan penindasan kerajaan Dr Mahathir. Oleh itu adalah
dinasihatkan supaya Raja-raja teruskan hidup mereka yang berfoya-foya itu. Kamu
semua benarkan FRU ditempatkan di luar Istana-Istana kamu untuk menghalang rakyat
menemui kamu semua. Kamu semua sudah tidak punyai peranan lagi bagi rakyat yang
beragama Islam kerana kamu sanggup membiarkan Dr Mahathir dan UMNO mengubahsuaikan
hukum-hakam Allah dan menindas Islam di negara ini.
Kami rakyat akan teruskan
perjuangan kami menentang kekejaman, kezaliman dan penindasan kerajaan Dr Mahathir
dan UMNO. Kamu semua Raja-Raja Melayu eloklah teruskan dengan cara hidup kamu yang
ala barat dan berfoya-foya itu.
Rakyat yang dibuntutkan oleh Raja-Raja Melayu |