SUDAH MENANG SEBELUM BERTANDING |
|
Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini secara tidak rasmi menang
tanpa bertanding mengekalkan jawatan Presiden Umno setelah menerima 117 pencalonan.
Ini bermakna tidak ada lagi sesiapa yang boleh melayakkan diri untuk bertanding jawatan itu kerana Umno mensyaratkan seseorang calon bagi jawatan itu, perlu mendapat sekurang-kurangnya 50 pencalonan. Umno mempunyai 165 bahagian. Dr Mahathir memerlukan 117 pencalonan kerana pencabar tunggalnya, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah setakat ini mendapat hanya satu pencalonan dan memerlukan 49 pencalonan lagi untuk layak bertanding. Bagaimanapun, oleh kerana sebanyak 118 daripada 165 bahagian sudah mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing, hanya tinggal 47 bahagian sahaja lagi yang perlu mengadakan mesyuarat mereka. Dr Mahathir menjawat jawatan presiden Umno sejak Jun 1981. |