WATIKAH KEPADA DYMM SULTAN PERAK - BEKAS KETUA HAKIM NEGARA

SINGKIRKAN MAHATHIR

Ampun Tuanku beribu Ampun, sembah patik harap diampun, patik bagi pihak rakyat yang lain - yang dahagakan keadilan dan kemakmuran negara, bangsa dan agama, menyusun jari sepuluh meminta Tuanku (Sultan yang terpelajar dari Sultan Sultan Yang lain) segera memanggil Sultan Sultan yang lain agar bermesyuarat mengenai perpecahan orang orang Melayu sekarang ini.

Disini patik ingin menjelas bahawa perpecahan orang orang Melayu sekarang ini bukan lah berpunca dari Parti Pembangkang - kejadian semua ini adalah berpunca dari Perdana Menteri sendiri. Oleh yang demikian, demi bangsa, agama dan negara, patik sekalian memohon agar Tuanku dan Sultan Sultan yang lain menimbangkan supaya PM dinasihatkan supaya meletakkan jawatannya dengan seberapa segera. Dengan PM mengundurkan diri akan menyelamatkan perpecahan ini.

Sekian, agar permohonan patik sekalian dapat apa kiranya Tuanku menimbangkannya kembali.

Wassalam.

Pejuang KeADILAN