|
Kedudukan di Sanggang
BERHATI-HATILAH PETUGAS BA
Sehingga petang ini, kedudukan calon PAS nampaknya mengatasi BN. Syukur
Alhamdulillah. Nampaknya orang UMNO yang turun ramai bukanlah nak menolong sangat,
tapi lebih kepada tunjuk muka dan mencari peluang berkempen untuk Majlis Tertinggi
UMNO kerana ramainya perwakilan yang datang.
Tetapi harus diingat kepada
semua petugas BA, jangan silap langkah kerana Adanan Yaakub yang agak desperate
sekarang akan sanggup buat apa saja kepada penyokong BA, sekalipun secara brutal.
Ingat, jangan buat silap dan jangan memulakan pertengkaran. Kalau mereka mulakan,
biarkan saja, anggap itu sebagai satu provocation yang sempit dan bodoh.
Lapuran
di pihak mereka masih menunjukkan mereka ketinggalan, dan ini akan membuat mereka
akan melipatkan usaha yang bersungguh-sungguh termasuk:
1. Memberikan tawaran
dan "hadiah" kepada penduduk Sanggang secara tidak waras lagi.
2.
Menjanjikan peruntukan tanah kepada kaum Cina
3. Membina sekolah (telahpun
disiarkan oleh Media malam tadi) - peruntukan sebanyak RM50 juta.
4. Membina
jalan raya yang diturap sehingga ke depan rumah orang tertentu yang dianggap
key-person PAS/BA di Sanggang.
5. Menjanjikan tiket/pembiayaan Haji percuma
kepada golongan tua/dan golongan tertentu.
6. Pemberian biasiswa menerusi
Yayasan Pahang
Utk makluman netters semua, para petugas BA/PAS di Sanggang
sungguh memberangsangkan, mereka bertugas tanpa kira lelah dan penat tanpa upah.
Malah mereka menggunakan duit sendiri untuk bergerak dan membantu pusat BA di sana.
Syabas dan tahniah!
Satu lagi makluman yang saya hendak sampaikan ialah
tentang kemarahan orang-orang UMNO terhadap perangai dan sikap Adnan Yaakub kini
meluap-luap di Pahang. Hanya mereka yang sama perangai dengan Adnan Yaakub saja yang
akan terus menyokong tindakan lucah si Adnan.
Kepada para pendokong BA di
Pahang, pastikan gambar-gambar Adanan Yaakub terus diedarkan di seluruh Jabatan
Kerajaan dan di Masjid-masjid. Pastikan Adanan Tumbang di Pahang sebelum UMNO
ditumbangkan pada 2004!!!
Dahlia/KL |