KENYATAAN AKHBAR |
|
MENGENAI ISU TUDUNGSaya merujuk kenyataan saya di mukasurat 3 akhbar ‘ The Star ‘ bertarikh 22 Mac 2000. Kenyataan ini telah disalah-ertikan bahawa pandangan saya adalah terlalu liberal. Pandangan saya amat jelas terhadap isu ini. Dalam konteks masyarakat majmuk negara Malaysia, wanita Malaysia bebas membuat pilihan dalam tatacara berpakaian. Namun sebagai wanita Islam, kita dituntut mematuhi prinsip-prinsip syariat agar menyemai sifat taqwa dan tawadhu’. Menutup aurat adalah persoalan pokok yang tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak dan pelaksanaannya harus dilakukan secara bijak.
Saya juga merujuk kepada laporan AFP bertarikh 23 Mac 2000 yang melaporkan saya
telah mengkritik kerajaan PAS di Terengganu berkaitan isu ini. Saya percaya laporan
ini tidak disengajakan atau mereka keliru dengan apa yang dinyatakan oleh saya. Saya
menyatakan bahawa pihak pemerintah perlulah melaksanakan penguatkuasaan ini secara
bijak. Proses pendidikan merupakan langkah terbaik bagi menangani isu ini agar
pelaksanaannya berterusan dan datang dari jiwa yang luhur. Penguatkuasaan
undang-undang juga sebahagian dari proses pendidikan. Denda yang dikenakan sebanyak
RM 30 membuktikan Kerajaan Negeri Terengganu bertujuan mendidik agar masyarakat
dapat menerima pelaksanaan ini yang dituntut oleh Islam, dan sebagai kerajaan negeri
yang adil, pelaksanaan ini khusus untuk masyarakat Islam sahaja. Rakan-rakan dari
kalangan bukan beragama Islam masih bebas mengamalkan tatacara pakaian mereka yang
sopan.
Dr. Wan Azizah Wan Ismail |