CUBAAN MEMANCING UNDI DI SANGGANG

GURU-GURU AGAMA DIPIKAT

Kerajaan negeri Pahang bukan sahaja memenuhi permintaan guru-guru mengajar Al-Quran di asrama sekolah-sekolah supaya elaun mereka dinaikkan 100 peratus, malahan menambahkannya lagi sebanyak RM100.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob 'Brutal' berkata, guru-guru itu akan menikamati elaun sebanyak RM600 sebulan berkuatkuasa 1 Oktober tahun lepas.

"Walaupun elaun baru itu belum lagi dibayar tetapi pembayaran nanti akan merangkumi bayaran tertunggak dari Okotber tahun lepas," katanya.

Sebelum ini, guru-guru berkenaan yang seramai hampir 300 orang menerima RM250 sebulan. Mereka meminta elaun berkenaan dinaikkan 100 peratus kepada RM500.

Adnan berkata guru-guru berkenaan tidak perlu bimbang kerana pembayaran pasti akan dibuat.