SANGGANG: ADNAN AKAN JADI PUNCA KEKALAHAN BNSah kini pertembungan di Sanggang adalah satu lawan satu antara calon PAS, Dato' Hishamudin Yahya dengan calon Barisan Nasional, Redzwan Harun. Pegawai Pengurus Pilihan raya kecil, Zainuddin Zainal Abidin mengesahkan penyertaan kedua-dua mereka selepas tidak menerima sebarang bantahan terhadap kedua-dua kertas pencalonan yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak. Penyokong kedua-dua parti bersorak gembira selepas pegawai SPR berkenaan mengumumkan perkara tersebut kira-kira jam 12.30 tengahari tadi di Dewan Tun Abdul Razak, Majlis Perbandaran Temerloh. Jika mahu dilihat kepada sebab BN mahu kalah dalam pilihan raya kecil ini, punca terbesar sehingga kini adalah gelagat Pengarah Pilihan Raya BN yang juga Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob semasa proses penamaan calon berjalan. Jelas kelihatan beliau bukan seorang pemimpin yang boleh menjadi aset bahkan liabliti kepada BN apabila beliau melayan karenah para penyokong Barisan Alternatif di situ dengan kelakuan yang amat memalukan. Sekurang-kurangnya beliau menunjukkan tiga isyarat lucah kepada para penyokong BA apabila mereka menyorak beliau dengan kata-kata nakal. Antaranya "Nan Samseng", "undur Nan undur" dan sebagainya. Ia dinyatakan oleh penyokong BA apabila melihat Adnan mundar-mandir di kawasan para penyokong BA dan BN ketika para pemimpin lain dari kedua-dua belah pihak berada di bilik orang kenamaan di dalam bangunan. Menyambut sorakan itu, beliau menunggingkan punggungnya kepada para penyokong BA. Ini dilihat oleh ramai orang termasuk jurugambar yang penuh sesak di kawasan terbabit. Beliau juga telah menggunakan tangannya untuk menunjukkan isyarat lucah kepada para penyokong BA yang tidak henti-henti menyanyi, bertakbir, selawat dan sebagainya. Ketika itu, para penyokong BN seolah-olah `mati kutu' kerana terkepung dari dua sudut yang dipenuhi oleh penyokong BA di perkarangan Dewan Tun Abdul Razak tempat pernamaan calon tersebut. Sebaik saja pernamaan calon selesai, Dato' Hishamudin telah dijulang oleh para penyokong PAS seolah-olah sudah memenangi pilihan raya kecil tersebut yang bakal diadakan 1 April ini. Harakah Daily |