|
PERBICARAAN 'HINA MAHKAMAH'
22 Mac - Peguam yang dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana tidak
mempunyai sijil amal dipenjarakan semalam, selepas Mahkamah Rayuan menolak
penangguhan hukuman, sementara menunggu rayuan.
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Lamin Yunus yang bersidang bersaman Hakim Datuk
Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Mokhtar Sidin mendapati Ramanathan Vellu
melakukan kesalahan menghina mahkamah.
"Bukan itu sahaja, kesalahan yang
lebih serius telah dilakukan, ia satu penipuan terhadap mahkamah dan masyarakat,
kerana itu kita tidak akan memberikan penangguhan hukuman," katanya.
Bagaimanapun
beliau berkata mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuannya.
Ramanathan didapati menghina mahkamah oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Low
Hop Bing setelah peguam itu mengakui beliau tidak mempunyai sijil amal yang sah,
beliau menjadi peguam sejak 18 tahun yang lalu.
Dipercayai ini pertama kali
seorang peguam didapati menghina mahkamah kerana tidak mempunyai sijil amal.
Ramanathan kemudiannya memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu dan
ia akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan esok.
Komen Minda Rakyat:
Daripada penilaian kes di atas, tuduhan terhadap Rahim Noor membelasah DSAI dan
cubaan membunuhnya dengan tumbukan di muka dengan keadaan terikat dan dalam keadaan
mata tertutup nampaknya lebih 'ringan' kerana dihukum RM2,000 dan penjara 2 bulan.
Sebaliknya kes ini (di atas) Ramanathan tidak berpeluang membuat jaminan kerana
Mahkamah menolaknya dan memenjarakannya 'sertamerta'. Begitulah hukuman penipuan
seorang rakyat kepada Mahkamah. Siapa pula yang akan menghukum Mahkamah (hakim dan
mereka yang bersekongkol dengan sesuatu keputusan Mahkamah) yang menipu rakyat? |