|
PROFAIL RINGKAS PILIHANRAYA DUN SANGGANG
Kawasan Dewan Undangan Negeri Sanggang (N26) terletak dalam kawasan P82 Parlimen
Mentakab yang juga meliputi N25 Jenderak dan N27 Lancang.
Kawasan itu meliputi bandar Mentakab, pekan Kerdau dan 17 kampung tradisional.
Penamaan
Calon: 21 Mac 2000 di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh
Calon
bertanding: Redzwan Harun, 49 tahun (BN-Umno) . Pegawai Penyelaras Pentadbiran
Masjid Daerah Temerloh . Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Mentakab .
Mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dan mempunyai Diploma .
pengajian Islam, Al-Habad Government Oriental College di Rampur, India.
Datuk
Hishamuddin Yahaya, 60 tahun (Pas) . Pengarah Urusan lidah rasmi Pas, Harakah .
Anggota Jawatankuasa Pusat Pas . Lulusan Undang-undang Temple's Inn, London
Pengundian:
1 April 2000 . Pusat pengundian/pengiraan undi: 16 . Pusat penjumlahan undi:
Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh
Jumlah pengundi: 15,276 termasuk
99 undi pos (Daftar pemilih yang disahkan pada 24 Jan 2000) . Melayu 61.3
peratus . Cina 32.3 peratus . India 5 peratus . Lain-lain 1.4 peratus
Pilihan
Raya Umum 29 Nov, 1999 Jumlah Pengundi 15,579 . Melayu 61.3 peratus . Cina
32.3 peratus . India 5 peratus . Lain-lain 1.4 peratus
Keputusan: Datuk
Abdullah Kia (Umno-BN) 6,008 undi Abdul Rahim Abdul Latif (Pas) 4,970 undi Majoriti:
1,038 Rosak: 273 Peratus mengundi: 72.46 Jumlah Undi: 10,972
Datuk
Abdullah meninggal dunia pada 26 Feb 2000 kerana angin ahmar.
|