ANGGOTA DEWAN PEMBANGKANG KELUAR LAGI!!
"Kalau dianggap jawapan yang diberikan tidak betul, keluar," cabar
Pandikar Amin. Tindakan itu menyebabkan kesemua 17 anggota pembangkang yang hadir
bangun keluar dewan menyahut cabaran Pandikar Amin.
Pandikar Amin memulakan
penggulungan untuk menerangkan dengan lebih terperinci mengenai beberapa isu yang
dibangkitkan berhubung SPR dan pilihan raya. Menteri di Jabatan Perdana itu semasa
menggulung perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri berkata
pewartaan daftar pemilih mengambil masa yang lama kerana Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) perlu memastikan kesahihan pendaftar pemilih.
Beliau beberapa kali diminta memberikan penjelasan tertentu semasa penggulungan
dibuat oleh anggota pembangkang.
Speaker Dewan Rakyat Tun Mohamed Zahir
Ismail meminta anggota pembangkang supaya duduk dan mendengar jawapan kerana
Pandikar Amin tidak memberi laluan kepada mereka untuk meminta penjelasan atas
alasan masa yang suntuk.
Menyahut cabaran yang diberikan oleh Pandikar Amin,
itu kesemua 17 anggota dewan yang hadir semalam keluar dewan.
|