MALUNYA JADI PENSYARAH UUM... TIDAK TERGERAKKAH HATI KALIAN? TIDAK TERDETIKKAH KEIMANAN KALIAN?

KEZALIMAN PENTADBIRAN KAMPUS UUM

Assalamualaikum wr.wb,

Tergerak hati saya untuk menulis warkah ini kepada saudara seperjuangan semua. Untuk makluman saudara semua, berita yang agak menyedihkan hati saya baru sahaja diterima daripada adik-adik saya di UUM, sahabat kita Sdr.Rizal Anan (ex-Timb.YDP MPP UUM) telah digantung pengajian selama 3 semester berkuatkuasa semester ini kerana di dapati bersalah menegur Astora Jabat (penulis pu**mak Utusan Meloya) ketika sesi ceramah agama beliau (sesat lagi menyesatkan) di UUM baru-baru ini.

Oleh kerana sikap rasa bertanggungjawab Sdr.Rizal selaku bekas pimpinan pelajar kampus, beliau memberanikan diri menegur Astora kerana kenyataan beliau yang cukup sesat yang pasti akan merosakkan seluruh akidah umat Islam yang mendengarnya dan akibatnya beliau telah ditahan daripada mengambil peperiksaan akhirnya dan telah digantung pengajiannya untuk kali keduanya selama 3 semester walaupun pernah digantung selama 1 semester sebelum ini oleh diktator TNC HEP UUM (Kol Fauzi Basri).

Saya merasa amat bangga dengan ketokohan beliau sebagai seorang pejuang reformis di peringkat kampus dan teramatnya kecewa dengan semua tenaga pengajar, pentadbir dan seluruh warga kampus UUM kerana tidak mahu membantah atau menegur pentadbiran UUM di atas kezaliman yang telah dilakukan ke atas beliau sehingga kini.

Malah, saya tergerak hati untuk menegur semua tenaga pengajar, pentadbir dan seluruh warga kampus UUM kerana tidak pernah ingin menegur pentadbiran UUM di atas tindakan TNC HEP UUM (Kol Fauzi Basri) di atas tindakan beliau menggantung hampir 20 pelajar UUM semenjak 2 tahun yang lalu kerana dikaitkan dengan politik pembangkang termasuklah kes Pilihanraya Arau walaupun mereka tidak mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk mendakwa semua pelajar tersebut.

Apakan daya, merekalah Hakim, merekalah pendakwaraya malah mereka jugalah juri dan pada masa yang sama semua pelajar-pelajar tersebut tidak pernah diberikan hak untuk mempertahankan diri masing-masing malah telah dipaksa untuk mengaku bersalah bagi mengelakkan daripada disingkir daripada Universiti.

Inilah kezaliman UUM, pelajar yang berani bersuara demi kebenaran diambil tindakan tegas, tetapi pelajar yang berpeleseran dengan wanita-wanita, berzina, minum arak tidak pula diambil tindakan, malah tindakan pihak pentadbiran UUM yang masih mengekalkan perkhidmatan salah seorang pegawai keselamatan (Raju) walaupun terdapat rakaman suara pengakuan pelajar siswi Melayu yang telah dirogol beliau, masih dikekalkan di UUM sebagai pertukaran bagi memberi khidmat kepada diktator TNC HEP UUM untuk menghangcurkan gerakan Islam di kampus UUM.

Beranikanlah diri anda wahai Dr, Professor malah tenaga akademik lain untuk bangkit bersama-sama menentang diktaktor Fauzi, telah cukup lama kita membiarkan dirinya bebas menzalimi semua warga kampus, cukup di sini sahaja!!!!!

Bangunlah wahai semua warga kampus, demi kebenaran dan keadilan. Sesungguhnya Allah SWT bersama-sama mereka yang benar.

-PEJUANG MAHASISWA/SISWI KAMPUS UUM 2000-