BEBERAPA KOMENTAR DARI RENCANA ASTORA JABAT

Komentar kepada rencana "Jangan ambil fatwa ulama Arab bulat-bulat" tulisan Astora Jabat.

Antara isi yang perlu diperhatikan:

  1. Ulama Pembangkang.

  2. Perjalanan Proses Damai khasnya

  3. Keselamatan Penduduk Palastin amnya.

  4. Fatwa Qardawi..Hukum menculik orang awam Yahudi.

  5. Fatwa dan Strategi…

  6. Pandangan Masyarakat Dunia.

  7. Pembunuhan orang awam oleh Israil

  8. Hukum menziarahi Baitulmaqdis

  9. Fatwa serangan berani mati. Qardawi

  10. Fatwa Tantawi..

  

  1.   Penulis rencana tersebut bukan ulama maka beliau tidak layak untuk membincangkan fatwa-fatwa ulama. 

  2.   Buktinya, metodologionya tidak telus dan berpihak sedangkan metodologi ulama seharusnya terbuka dan sederhana. 

Contohnya:

Pertama: Beliau melebelkan Qardawi sebagai Ulama Pembangkang menunjukan sikap tertutup yang ada padanya.

Kedua: Sepatutnya beliau mengulas fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Qardawi berdasarkan dalil-dalil yang digunakan kemudian beliau mendatangkan dalil-dalil beliau sendiri yang dianggap lebih kuat.

Ketiga: Beliau berhujah dengan pandangan politik, bahawa fatwa Qardawi bercanggah dengan strategi Damai.

( Siyasah Syariyyah tidak boleh bertentangan dengan nas)

 3.   Apakah benar Yahudi ingin berdamai sejak usaha yang dilakukan pada tahun 1948.

  4.   Sedangkan Allah telah menegaskan yang bermaksud bahawa “ Yahudi dan Nasrani Tidak akan reda kepada kamu ( wahai umat Islam ) sehingga kamu mengikuti jejak langkah mereka.

  5.   Sikap penulis yang menyokong proses damai yang merugikan umat Islam sebenarnya merupakan sikap mereka yang telah tewas jati diri sebagai muslim, hilang ruh jihad, lupa hidup di dunia adalah ujian,  merasakan bahawa Yahudi dan Nasrani itu sentiasa benar niat mereka…. Dan lupa penegasan Allah terhadap siapakah sebenarnya Yahudi dan Nasrani mengikut neraca Rabbani.

  6.   Sedangkan Proses Damai hanyalah mainan politik, dan lakonan olok-olok yang dipersembahkan sejak tahun 1948 yang sudah lama umat Islam muntah mendengarnya.

Istilah penduduk Palastin.

Sepatutnya seorang Islam akan berkata, keselamatan saudara Islam kita di Palastin dan Masjid al-Aqsa dan keselamatan umat Islam seluruhnya..

Istilah Penduduk Palastin boleh difahami penulis masih mempunyai semangat kebangsaan ke Melayuan yang ingin membela kaum Palastin. Seolah-olah beliau menganggap perjuangan rakyat Palastin adalah perjuangan kebangsaan.

Qardawi bercakap mengenai hukum Islam untuk umat Islam dimana saja mereka berada bukan bercakap untuk rakyat Palastin.

Penulis juga tertekan dengan Pandangan Masyarakat Dunia…. Apakah masyarakat dunia akan reda dengan cita-cita umat Islam yang komitted dengan al-Quran yang meletakkan matlamat mereka menjadikan dunia ini berada di bawah Rahmat sebagaimana maksud firman Allah ( Tidak kami utudkan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai Rahmat kepada seluruh dunia)..

Apakah perjuangan Muhammad s.a.w. ini sudah selesai…

Apakah Yahudi dan Nasrani tidak tahu matlamat perjuangan umat Islam ini.

Kecualilah penulis ini juga sudah tewas ruhnya dan maknawinya dan merasai perjuangan suci Islam dalam al-Quran itu sudah tidak reliven lagi untuk masyrakat dunia hari ini.

Sebenarnya didunia ini hanya ada dua jalan… Jalan Perjuangan yang mewarisi perjuangan baginda Muhammad s.a.w. yang menyatakan bermaksud; “ Tiada hijrah selepas pembukaan kota mekah, melainkan niat dan jihad”. “ Kewajiban Jihad berterusan sehingga hari kiamat” dan maksud firman Allah.. “ Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah ( yang menyekat kebebasan manusia) dan agama seluruhnya bagi Allah.

Al-Din bagi Allah ialah seluruh peraturan hidup yang diturunkan di dalam al-Quran dan dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. serta diteruskan perjuangannya oleh Khulafa’ al-Rasyidin dan sekelian pemerintah Islam selepasnya dan diteruskan oleh ulama-ulama Islam yang FAHAM sehingga hari kiamat.

Ingatlah maksud sabda rasul ; “ Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan muslimin maka beliau bukanlah dikalangan mereka”.


 (Minda Rakyat ingin mengucapkan jazakallah kepada saudara yang sudi membuat komen ini. Bagaimanapun jutaan kemaafan kerana MR tidak dapat menyiarkannya di bawah ruangan kelolaan Ali Muda iaitu 'Debat Cyber'. Bagaimana pun jika anda lebih kerap menulis dan rajin berkonsi ilmu dan pendapat dengan para netters yang lain insyaAllah MR berjanji mengwujudkan sebuah laman untuk anda bergantung kepada penghasilan anda sendiri. Berikut disiarkan komen anda yang tidak dapat disiarkan namanya kerana menggunakan email jaring.)