|
RAHIM NOOR DIDAKWA HARI INI
14 Mac - Perbicaraan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor terhadap
tuduhan sengaja cuba menyebabkan kecederaan pada bekas Timbalan Perdana Menteri
Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan dimulakan di Mahkamah Sesyen hari ini.
Hakim Akhtar Tahir menetapkan tarikh itu pada 6 Mac lepas setelah mahkamah
diberitahu bahawa kes itu yang pada mulanya ditetapkan untuk didengar pada hari itu,
tidak dapat diteruskan kerana Rahim 'kununnya' sedang sakit.
Mahkamah telah
menetapkan esok untuk perbicaraan dan telah memberitahu kedua-dua pihak bahawa
perbicaraan itu akan diteruskan sehingga kes pendakwaan selesai.
Abdul Rahim,
56, yang meletak jawatan Ketua Polis Negara pada 8 Januari tahun lepas, didakwa
melakukan kesalahan itu di sel No 6 lokap polis, ibu pejabat polis Bukit Aman di
sini pada lebih kurang pukul 10.45 malam 20 September 1998.
Dia dituduh
mengikut seksyen 325 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama-sama Seksyen 511. Jika
disabitkan kesalahan, dia boleh kenakan hukuman penjara sehingga tiga-setengah tahun
dan denda.
Rahim diwakili peguam K. Kumaraendran dan V. Sithambaram.
BERNAMA |