PAS AKAN PUTUSKAN PENCALONAN SANGGANG HARI INI

13 Mac - Calon PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanggang dijangka akan diputuskan selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Kuala Lumpur, hari ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata selepas nama calon ditetapkan, parti itu akan mula menggerakkan jenteranya bagi memastikan kemenangan calon PAS.

"PAS akan menjalankan kempen secara berjumpa terus dengan pengundi," katanya. Penamaan calon pilihan raya DUN Sanggang akan diadakan 21 Mac ini manakala pengundian pada 1 April. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat Sanggang Datuk Abdullah Kia pada 26 Februari. Pada pilihan raya umum November lepas, Abdullah mengalahkan calon PAS, Abdul Rahim Abdul Latif dengan majoriti 1,038 undi.