Cerita Seorang Diktator KAMAL ATTARTUK

SIAPA yang tidak kenal Kamal Attartuk; Bapa Kemodenan Turki yang melanyak habis-habisan kedaulatan Islam di Turki. Selepas kematiannya, bencana demi bencana banyak diturunkan di Turki, malangnya pihak pengkaji bumi menganggapnya sebagai fenomena biasa atau faktor alam semula jadi. Berikut didedahkan secara ringkas pemikiran terbuka Kamal Attartuk:

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat memakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat memakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden".

5. Menggalakkan meminum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir; secara terang-terangannya beliau mengatakan bahawa agama harus dipisahkan daripada urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang daripada bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.

17. Menghapuskan penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya, "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab "Kamal Attartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Mat Lutfi