|
ARAHAN KONSENSUS MT TERLERAI
11 Mac - Akhirnya tamat spekulasi tentang kemantapan konsensus yang dikeluarkan oleh MT
UMno bahawa jawatan Presidan dan Naib Presiden (piiraaaahhhh!!) tidak akan
dipertandingkan, berikutan pencalonan oleh Ketua UMno Bahagian Tanah Merah, Datuk Hashim
Safin.
Ini merupakan pencalonan pertama bagi beliau untuk jawatan-jawatan itu. Sebelum ini
Tengku Razaleigh mendapat satu pencalonan untuk jawatan Naib Presiden.
Pencalonan
Tengku Razaleigh bagi kedua-dua jawatan itu dicadangkan oleh ketua Umno bahagian Datuk
Hashim Safin pada mesyuarat perwakilan bahagian itu yang berlangsung di Sekolah Menengah
Teknik Tanah Merah petang semalam.
Bahagian Tanah Merah merupakan bahagian pertama
daripada 14 bahagian UMNO di negeri ini yang mengadakan mesyuarat perwakilannya.
Bahagian
itu turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan Datuk
Seri Abu Hassan Omar untuk jawatan naib presiden.
Cadangan pencalonan oleh Hashim
yang turut membabitkan calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan anggota Majlis
Tertinggi disokong oleh ketua cawangan Taman Adabi, Alias Ismail.
Cadangan itu
diputuskan melalui undi secara mengangkat tangan apabila seorang anggota jawatankuasa
bahagian, Mohd Noor Jaafar, menacalonkan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad
sebagai presiden dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah AHmad Badawi sebagai
timbalan presiden.
Mohd Noor turut mencalonkan Tengku Razaleigh, Najib dan Tan Sri
Muhyiddin Yassin untuk jawatan naib presiden.
Mesyuarat bahagian itu dipengerusikan
oleh Pengerusi Tetap Ibrahim Pateh Mohamad.
Hashim berkata tindakan mencalonkan Tengku Razaleigh untuk dua jawatan tertinggi itu tidak
bercanggah dengan perlembagaan parti.
Ini kerana perlembagaan itu membenarkan
sesorang dicalonkan untuk semua jawatan dan terpulanglah kepadanya untuk membuat pilihan,
kata beliau.
|