YAB TUAN GURU MB KELANTAN DAN MB TERENGGANU BANTU KEMPEN PILIHAN RAYA KECIL DUN SANGGANG
Menteri Besar Kelantan
YAB Tuan Guru Dato' Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar
Terengganu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dilaporkan akan turun ke DUN Sanggang,
Pahang untuk turun bagi membantu kempen PAS bagi pilihan raya kecil
Dewan Undangan Negeri tersebut. YAB Tuan Guru Hj. Nik Ab Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata penyertaan beliau dan Hj. Abdul Hadi itu nanti adalah untuk memastikan calon pembangkang boleh merampas kembali kerusi DUN itu. YAB Tuan Guru juga berkata bahawa beliau dan MB Terengganu akan turun berkempen sebaik saja mengetahui tarikh pilihan raya itu nanti. Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan rasmi selama sehari ke negeri Terengganu. Lawatan rasmi tersebut adalah yang pertama sejak PAS mengambil alih kerajaan negeri Terengganu daripada Barisan Nasional YAB Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz yakin PAS akan memenangi kerusi DUN berkenaan jika mendapat tambahan undi daripada masyarakat bukan Melayu. |