TIANG  GOL  YANG  SENTIASA  BERGANJAK

Sejak Bahagian UMNO mula bersidang, kita dapat mengikuti pencalonan bagi jawatan tertinggi parti laksana satu carta lagu popular di radio. Kita tahu ada penyelewengan dalam penyata yang disiarkan itu. Syak wasangka diperkuatkan dengan kegagalan Utusan Malaysia menyiarkan carta itu pada Hari Rabu (semalam) dan juga perubahan stail senarai oleh akhbar yang lain.

Hingga semalam, pencalonan telah menunjukkan angka berikut:

Jawatan Presiden:      Mahathir                -        17 pencalonan
Jawatan Timb. Pr.      Abdullah Badawi            17        "

Ketua Pemuda                                                  27

Ketua Wanita              Rafidah Aziz                 15        "
                                   Dr. Siti Zaharah               9       "

Naib Ketua                 Dt. Shahrizat                  15
                                   Napsiah                           3
                                   Ainon                              6

Kalau kita lihat jumlah pencalonan Ketua Pemuda  ialah 27 pencalonan. Bererti sudah ada 27 perjumpaan atau mesyuarat Bahagian UMNO seluruh negara.  Dalam pencalonan Ketua Wanita pula ada jumlah pencalonan sebanyak 24.  Ini menunjukkan ada persidangan yang tidak membuat pencalonan bagi jawatan ketua dan timbalan ketua wanita. Terdapat tiga kekurangan (shortfall) dalam pencalonan itu. Bagaimanakah ini boleh terjadi ? Apakah dalam tiga bahagian yang tidak membuat pencalonan bagi jawtan wanita itu tidak mempunyai ahli wanita UMNO?

Begitu juga dengan jawatan Presiden dan juga Timbalan Presiden. Kenapa pula ada 17 pencalonan bagi kedua-dua jawatan itu ?

Bolehkah sesiapa dalam UMNO beri sedikit penerangan. Begitu juga dengan format carta pencalonan di akhbar-akhbar. Kenapakah format itu sentiasa berubah? Yang amat misteri sekarang ini kenapakah Utusan Malaysia tiba-tiba gagal memaparkan carta itu?

Rumusan awal yang kita boleh buat, tiang gol sudah berganjak dalam dasar kepimpinan UMNO. Apakah ini disebabkan pemimpin UMNO yang tertinggi, terkenal sebagai manusia yang tidak gemar bersukan?  Kerana itu mereka tidak ada semangat bersukan langsung dalam kegiatan mereka berpolitik?

Marhainmuda
9.2.2000