|
DATUK SERI – CUKUPLAH, JANGAN CUBA CEMARKAN PERKHIDMATAN
AWAM LAGI..!!
Satu perkara yang amat jelas sebagai pegangan Perkhidmatan Awam ialah, “Government
can come and go, but the civil service is there to stay..!!”. Kerajaan boleh
bertukar ganti, tetapi Perkhidmatan Awan akan terus menerus memberi khidmat kepada
rakyat jelata. Itu pasti!!
Dalam bahasa warong teh tarik, orang kata,
“Mahathir boleh pi mampoih lah, UMNO/BN boleh jalan…tapi orang kerja gomen terus
kerja makan gaji macam biasa…”!! Itu samala!!
Itu adalah fakta. Jangan
mana-mana MB, CM, Menterii, PM atau TPM nak tunjuk loyar buruk cuba buang kaitangan
awam tak tentu pasal; silap-silap kena bayar gaji kebelakangan beratus-ratus ribu.
Banyak kes sudah terjadi. Jangan nak main-main.
Seorang kawan bagi tahu saya,
dalam Kerajaan pimpinan UMNO/BN, kakitangan awam memang sudah lama menahan ragam
karenah ahli politik. Seolah-olah kakitangan awam dianggap makan gaji dari titik
peluh orang-orang politik yang menerajui Kerajaan. Setiap hari ada-ada saja arahan
yang berbau politik dan ugut mengugut terhadap kakitangan kerajaan.
Separuh
dari arahan itu bersifat “brutal”; seolah-olah cuba memasokkan pasir dalam
periok nasi kakitangan terbabit. Macam-macam tindakan akan diambil: bermula dengan
memo rekod fail-fail peribadi, hingga tukar tempat kerja, jabatan, dll. Ada yang
kena bagi surat tunjuk sebab, kenapa sipolan tidak boleh diberhentikan kerja. Itu
adalah contoh umum.
Kalaulah Mahathir sendiri kena surat-surat ugutan seperti
itu tentu dia sendiri akan menyoal balik. Tetapi, budaya kakitangan awam kita lebih
bersifat “Melayu” – tidak mahu panjang bicara.
Tetapi, itu tidak
bermakna mereka adalah lemah, atau tidak bersemangat. Kalau nak faham betul-betul
sikap dan pendirian kakitangan awam; pandanglah apa jadi kepada kerajaan UMNO/BN di
Terangganu. Apa jadi dengan Wan Mokhtar & Geng?!! Kakitangan awam boleh
tumbangkan kerajaan…“The Government can go to hell, but the civil service is
there to stay..!!”.
Berbalik kebelakang sedikit, sejak Mahathir ambil alih
jawatan PM pada awal 80-an; perkara pertama yang beliau pastikan ialah menguasai
seluruh institiusi Perkhidmatan awam, hingga nampak seolah-olah kelompok politik
yang diwujudkan oleh Mahathir betul-betul seperti “Political Masters”..!!.
Berbagai-bagai peraturan dan arahan dikeluarkan. Mula dari “datang tepat dan punch
card”, hingga kepada tanda nama, dll yang remeh-remeh dijadikan isu.
Kemudian
ada Borang Harta, hingga budak pejabat yang pinjam loan beli basikal pun mesti
lapor. Kununnya nak sekat Rasuah. Tapi apa sudah jadi?
Dalam Perkhidmatan
Awam bukan office-boy, tetapi “Officer Boy” kepada Mahathir dan sekongkolnya
yang kuat “makan suap”.
Jangan cuba berdalih, perbicaraan DS Anwar jadi
kelamkabut seperti ‘perang saraf’ antara Peguambela Anwar dengan Paul Agustine
dan Ariffin Jaka - Hakim, Mokhtar Abdullah dan Ghani Patail AG, Mokhtar Sidin –
mahkamah rayuan; kerana semua puak itu ada unsur rasuah dan ugut dibelakang tengkok
yang mengancam. Dalam bahasa Perkhidmatan awan disebut, “somebody is breathing
behind their their neck” atau “someone is pointing guns at their heads”! Tak
ada beza seperti film ‘out-law’ Hindustan!!
Rahim Nor mengaku pukul Anwar
tapi Mahathir bela. Musa Hassan, Mohd Said, dll – testimoni semua tak boleh pakai.
Abol Hassan ditangkap oleh BPR dengan duit kontan 100 ribu RM dalam laci, mengapa
diam? Tak ade kes?
Rafidah songlap saham rakyat bagi kepada menantu. Memang
ada bokti, tapi bagi AG tak jadi kes. Rahim Thamby ROGOL gadis bawah umor, tidak ada
kes. Mahathir, Daim dan beberapa Menteri UMNO terlibat dengan rasuah; apa sudah
jadi? Hingga hari ini semua itu diam!! Senyap!!
Apakah budaya Perkhidmatan
Awam keseluruhan cenderung kepada amalan rasuah?? Jawapnya: TIDAK!! Yang rasuah
ialah pemimpin politik dalam Kerajaan. Mereka lah yang melakukan rasuah segala macam
dan mengumpan kakitangan tangan tertentu supaya merancang, mengendali dan mengelola
dan melakukan rasuah untuk kepentingan ahli politik tertentu. Kakitangan berkuasa
diarahkan oleh “political masters” Itu hakikat sebenarnya. Mereka dapat
perlindungan politik jika sesuatu berlaku.
Itu lah yang menyebabkan timbulnya
kerosakan kepada budaya Perkhidmatan Awam yang telah tercemar sebusuk najis di
jamban – semata-mata kerana ada beberapa orang pegawai yang diberi kuasa dan
amanah melakukan sesuatu yang busuk dan khianat untuk “tuan” mereka yang
merancang Rasuah.!! Mereka sekongkol menafikan hak rakyat.
Seluruh
Perkhidmatan Awam sebagai satu institiusi amat kesal dengan ketidakamanahan yang
digeskan oleh petualang politik dalam Kerajaan UMNO/BN yang saban hari tidak ada
urusan lain selain dari mengarahkan kakitangan awam dalam perkhidmatan strategik
supaya membantu mereka melakukan Rasuah dan Pengelewengan dengan imbuhan dan
ganjaran (Rasuah).
Jadi, kita nampak sekarang, bahawa tujuan Dr. Mahathir
mengetatkan pelbagai peraturan dulu hanya sebagai satu “skima ugutan” yang
kemudiannya digunakan untuk merosakkan budaya bersih Perkhidmatan Awam dengan gejala
rasuah dan penyelewengan. Itu bukan Fitnah. Kita sudah nampak dalam justifikasi
rayuan Kes DS Anwar yang sedang berlaku sekarang.
Jika CUEPAC betul-betul
mahu mengangkat martabat Seluruh Perkhidmatan Awam, perkara pertama yang wajib
ditegakkan ialah: Seluruh Perkhidmatan Awam tidak wajar dipengaruhi dan
dikutak-katik oleh ahli politik. Selagi, CUEPAC hanya “tunggu mati”, maka ahli
politik akan jadi “dedalu atas tunggul mati” itu..!!
Mungkin ini yang
menyebabkan majoriti Kakitangan Awam sudah membenci Kerajaan UMNO/BN!!
Amin
Sapiro (UMNO Atas Pagar Berduri) |