RESPON KEPADA PENULISAN TARABULSI

Saya merujuk pada tulisan sdr. tarabulsi berbunyi:   '.  .  . Memandangkan PAS telah beberapa kali dituduh Syi'ah disebalik itu pula Arqam yang merupakan salah satu firqah Syi'ah ditonjol-tonjolkan semula oleh Kerajaan  UMNO-BN ,. . . . '      dan   '. . . .Inilah sebabnya banyak pemimpin2 Syi'ah seperti pemimpin Arqam di Malaysia  Ashaari, menonjolkan diri mereka sebagai Imam Mahdi . . . . ' di ruangan Article Pilihan 4 mac 2000.      Saya amat kesal dengan tuduhan penulis. Apakah sdr. dapat membuktikan tuduhan tersebut? Awas! Sekiranya tuduhan tersebut tidak benar, dikhuatiri tuduhan tersebut berbalik kepada si penuduh, nauzubillahimin Zaliq. Janganlah kita dalam dok mengata kerajaan sering menuduh tanpa bukti, tetapi, kita juga terlibat sama dengan perbuatan ini.      

Untuk pengetahuan sdr. Ustaz Assyari Muhammad adalah di antara umat Islam di negara ini yang awal awal lagi memberi amaran tentang bahaya Syiah, jauh sebelum kerajaan malaysia sibuk sibuk tentang syiah. Ustaz Asyaari pernah membuat ceramah di seluruh negara (macam road show  -  sewaktu Arqam belum diharamkan kerajaan) tentang bahaya syiah. Malah, Ustaz sendiri pernah menulis satu buku khusus tentang perkara ini bertajuk 'Bahaya Syiah'.  Cubalah saudara cari bekas bekas pengikut Arqam yang masih memiliki buku ini.      

Oleh itu saya amat berharap, sdr. dapat menarik kembali tuduhan saudara. Saya juga ada menulis tentang Arqam ini di bawah tajuk 'Arqam sesat?'. (Sila rujuk di ruangan Arkib - Arkib 10) Mungkin saudara tidak sempat membacanya. Di harap saudara dapat meluang sedikit masa menatap article yang telah saya tulis itu. Dan jutaan terima-kasih saya ucapkan kepada pengelola web ini kerana sudi menyiarkan article saya sebagai usaha saya untuk membersihkan nama Ustaz Asyaari dan Darul Arqam yang saya sayangi, walaupun usaha saya ini sudah amat terlambat. Moga usaha tuan ini, Allah akan nilai sebagai satu usaha jihad, InsyaAllah. 

Syarifah.